BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 17, 2009

Why do we read al- Quran?


An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could. One day the grandson asked, 'Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Quran do?' The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, 'Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.' The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, 'You'll have to move a little faster next time,' and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, 'I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough,' and he went out the door to watch the boy try again.. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, 'See Grandpa, it's useless!' 'So you think it is useless?' The old man said, 'Look at the basket.' The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out. 'Son, that's what happens when you read the Quran. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.' Let’s read Al Quran together. Insya’ Allah.

Friday, November 6, 2009

"Kemudian akan kembali Khilafah di atas jalan kenabian.."

"Kemudian akan kembali Khilafah di atas jalan kenabian.."
- HR Ahmad.

Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya Imam itu bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung.” [HR. Muslim]

Ijma’ Sahabat yang menekankan pentingnya pengangkatan Khalifah, nampak jelas dalam
kejadian bahawa mereka menunda kewajipan menguburkan jenazah Rasulullah SAW dan
mendahulukan pengangkatan seorang Khalifah pengganti beliau. Padahal menguburkan mayat secepatnya adalah suatu kewajipan dan diharamkan atas orang-orang yang wajib menyiapkan pemakaman jenazah untuk melakukan kesibukan lain sebelum jenazah dikebumikan. Namun, para Sahabat yang wajib menyiapkan pemakaman jenazah Rasulullah SAW ternyata sebahagian di antaranya justeru lebih mendahulukan usaha-usaha untuk mengangkat Khalifah daripada menguburkan jenazah Rasulullah.

Sedangkan sebahagian Sahabat lain mendiamkan kesibukan mengangkat Khalifah tersebut, dan ikut pula bersama-sama menunda kewajipan menguburkan jenazah Nabi SAW sampai dua malam, padahal mereka mampu mengingkari hal ini dan mampu mengebumikan jenazah Nabi secepatnya. Fakta ini menunjukkan adanya
kesepakatan (ijma’) mereka untuk segera melaksanakan kewajipan mengangkat Khalifah
daripada menguburkan jenazah. Hal itu tak mungkin terjadi kecuali jika status hukum
mengangkat seorang Khalifah adalah lebih wajib daripada menguburkan jenazah.

Thursday, October 29, 2009

singkatnya kenangan semalam...

Tatapan ini ku coretkan buat renungan kita bersama..
alangah singkatnya segala apa yang berlaku?..
Semalam, bru semalam..aku dan kawan baikku, bergelak ketawa dan bergurau senda. Aku lihat kegembiraan jelas tergambar diwajahnya...Sahabat yang kukenali, baru semalam begitu gembira tatkala berbual di telefon.Ayahnya mengajar sedikit zikir dan doa, padanya.Sahabatku itu riang bersama ayahndanya..Cukup ceria.Kami sebagai rakan- rakan juga cukup gembira melihatnya.

29 hb, 8.30 pagi..aku dan sahabat menghadapi exam di kompleks Abdullah Mat Salleh.Sekali lagi ku lihat kegembiraan tergambar diwajah sahabatku itu. Pulang dari menghadapi peperiksaan kami makan bersama...dan sekali lagi kutegurnya , bahawa hari itu dia cukup ceria berbanding hari- hari yang lampau.Dia menyatakan bahawa hidup mesti selalu ceria.

Petang itu, sekali lagi aku menghadapi peperiksaan subjek Major. Sukar sekali soalan tersebut...Mungkin dsebabkan aku tidak mengulangkaji dengan baik kerana 2 peperiksaan yang berlansung pada hari yang sama dan aku dalam keadaan tidak sihat.Sedihnya tidak kepalang.


5.30 PTG.aKU selesai menjwab pperiksaan tersebut, dengan hati yang tidak gembira.Tersa lain benar pada petang itu.Turun sahaja dari bas, aku lihat sahabat baikku, Khdijah dan Mariam dalam keadaan muram...Segera ku anya, "korang berdua nak kemana?"..Namun tiada jwpn yg muncul dibibir sahabtku, Khadijah.Matanya merah..
"Ayah Khdijah dah tak da .."Mariam yang menjawab.
"?"..fikiran ku kosong..


Terkedu aku , tanpa kata.Hanya mata yng membulat.Baru semalam aku melihat gelak tawa sahabatku Khadijah.dan pada ptg tersebut, ku lihat matanya merah..basah dengan air mata.Bibirnya tidak lepas dari bacaan Yassin, sementara menunggu pakciknya menjemput..

"...Ayah aku jatuh pengsan .lepas tu sepupu bgitau ayah aku dah takda..."ucap khadijah dalam esakan tangisnya.

Alangkah singkatnya segala yang berlaku.Buat sahabat ku Khadijah..bersabarlah dengan dugaan ini. Ku Tahu susah menerimanya. Ujian yang datang tanpa diduga."Dalam musim peperiksaan..kau kehilangan ayah.." bisikku dalam hati. Ya Allah kau berilah kekuatan kepada sahabatku ini...semoga dia menjadi kuat dan cekal hatinya..

Thursday, October 15, 2009

surat Adam untuk Hawa..

Hawa,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Adam,
teman yang kepinginkan dirimu semasa kesunyian di syurga dahulu. Kau asalnya dari tulang rusukku yang bengkok.Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupmu sentiasa inginkan bimbingan dariku.Namun begitu Hawa kasihku, kejadianmu dari tulang rusukku yang paling keras. Lebih keras dari kerak nasi....

Hawa, kau sinar hidupku. Penuh cahaya kebahagiaan. . namun hanya buat seketika, sebelum kau bosan dengan diriku.Hawa yang kusayangi, aku kau salahkan, atas kesalahan yang kau lakukan.Aku disalahkan, tidak menghulurkan tangan.Aku dipersalah, tidak mendidikmu.. ..Namun tidakkah kau terpikir wahai hawa,bagaimana buntu kami kerna ingin mendidikmu?

Dengarlah kata-kataku ini, dan sangkallah ia jika kata-kataku tidak benar. Marahku padamu kau anggap tidak menyayangi,lalu kau merajuk menjauhkan diri....
Tegurku padamu kau anggap menyibuk, mengongkong, menghalang kebebasanmu. ...
Lalu kau meninggikan suara terhadapku.. .Kasarku terhadapmu, kau anggap penganiaan kaum wanita,Lalu kau masukkan ke dalam surat khabar.....Ku tegur dengan penuh lemah lembut,kau tak dengar, kau buat main-main... Aku merajuk, kau cakap, "mengada-ngada, buat tu salah, buat ni salah, abg kurung ajelah syg kat dalam botol, baru puas hati abg"

Wahai Hawa yang kuhargai....
Bagaimana lagi harus kami lakukan?Bila kami berbuat baik, langsung tidak terlihat
pada matamu,Pabila kami berbuat jahat, cepat saja dikau copy and paste....
Jika ingin kami bimbing dirimu sepertimana Rasul Allah S.W.T membimbing para isterinya, mahukah kamu mengikuti kami?Mahukah kamu mengorbankan dirimu demi kami? Mahukah kamu mengorbankan kebebasan dirimu?

Hawa yang kuhormati...
Janganlah terusan membebani kami, dengan kedegilanmu. .. dengan keegoanmu, kesombonganmu, dengan keangkuhanmu apabila dirimu kau anggap berilmu.

Sesungguhnya Hawa,
Kami punya tubuh yang kuat,namun kami lemahkan sendi-sendi kami, kami sembunyikan kekuatan kami,Sesungguhnya Hawa, Kami punya suara yang kasar, amarah yang kuat, namun kami lembutkan suara kami, kami sabar dengan amarah kami.Tidakkah kau terpikir mengapa? Tidakkah kau hairan dengan layanan kami terhadap kamu? Tidakkah kau pelik, harimau yang mengganas dimedan perang, jinak bila berada dipangkuan kamu? Fikirkanlah mengapa...

Dapat jawapannya?
Dapatkah kau lihat bagaimana baiknya layanan kami terhadap kamu?
Sekarang sudahkah kamu lihat apa yang boleh kau pelajari dari kami?
Sudahkah kau lihat bagaimana kami cuba mendidikmu?
Namun sukar untuk kamu faham wahai Hawa yang kusayangi... .
Kerana jarang sekali kau memerhati, Kebaikan diri kami, jarang sekali kau sedar, Betapa berhati-hatinya kami cuba mendidikmu, tanpa menyinggung dirimu, tanpa menyakitimu. .. tanpa melukakan hati Hawa yang kami cintai....

Wednesday, October 7, 2009

Gempa di Padang dengan Ayat Quran..

ismillah
Allahummasolli' alamuhammad wa'alaalimuhammad

Salamun 'alaikum


Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qurâan!
demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qurâan dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israaâ ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

17.58 (QS. Al Israaâ ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutny a. Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim

Friday, October 2, 2009

puasa sunat syawal dan qada..keutamaanya?

Oleh : Azamin Amin



Isu keutamaan antara sunat Syawal dan Qada seringkali menjadi perbincangan di kalangan umat Islam yang ingin menunaikan kewajipan dan perintah agamanya dan lazimnya menjadi persoalan ialah tentang penggabungannya dengan puasa ganti Ramadan dan puasa yang perlu didahulukan.



Malah ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat Syawal dan puasa Qadha sedangkan telah terbukti dari hadis sebuah Qudsi yang sahih yang menuntut umat Islam mengutaamakan dahulu kewajipan menunaikan puasa ganti terlebih dahulu.



Sabda Rasullullah berhubung puasa tersebut : "...dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya... " (Riwayat Al-Bukhari). .



Mengulas isu ini Ustaz Zaharuddin Abd Rahman berkata walaupun waktu bagi puasa Qada adalah panjang, umat Islam tetap tidak pasti adakah mampu menunaikan sampai ke tarikh tertentu atau ajal menjelang dahulu.



"Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.



Tiada Dalil Gabungkan Puasa Sunat Syawal Dan Qada Dalam Satu Niat



Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat Syawal itu sekali," katanya dalam laman webnya www.zaharuddin. net



Dalam pada itu beliau turut mengulas isu menggabungkan puasa qada dan syawal yang sememangnya amat popular dan lazimnya dilakukan oleh rata-rata umat Islam.



"Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi s.a.w. pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya, " katanya.



"Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi s.a.w. dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik," katanya.



Malah katanya terdapat juga hujah yang menyebabkan pandangan yang mengharuskan penggabungan 'qada dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu antaranya jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qada (yang wajib) dengan puasa syawal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat.



Atau ada yang akan beranggapan boleh gabungan solat Isyak dengan Tarawih, atau Subuh dengan 'tahiyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat Jumaat dengan solat sunat 'tahiyatul masjid',katanya.



Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (bekas Lajnah Fatwa Iraq ) dan Prof Dr Mohd 'Uqlah el-Ibrahim ( Jordan ), mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya.



Selain itu tindakan Aisyah ra yang melewatkan Qada pula boleh dijadikan hujah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qada dan Syawal.



Selain itu amalan wajib (qada) memerlukan niat yang 'jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkan kepastiannya, kata Zaharuddin lagi.


Namun secara cermat beliau membuat kesimpulan dalam mengutarakan perbincangan ini iaitu adalah tidak elok digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qada) daripada sunat (Syawal) tetapi menganggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya.

Thursday, September 17, 2009

BILA ANJING MENGELUH...

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

Sekadar untuk berkongsi bersama.

khalifah9



LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yang tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? Kenapa?
ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia.Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekalipun, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?


LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.
ANJING: Wah... ayat ko memang power la. Manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"


Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa : "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat, tetapi menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".
(Surah Zumar: 9)

"Lahirnya manusia disambut dengan azan... matinya manusia diiringi solat... antara azan & Solat ... alangkah singkatnya hidup ini"
.

Tuesday, September 15, 2009

Rejam dilaksana di Aceh

Posted on the September 15th, 2009 under Luar Negara by zamreda679

BANDA ACEH Masyarakat Islam di wilayah autonomi Aceh yang ditangkap kerana berzina berhadapan hukuman rejam sampai mati selepas undang-undang syariah diluluskan semalam.
Undang-undang itu membenarkan hukuman sebat sehingga 100 kali dikenakan terhadap individu bujang belum berkahwin yang didapati melakukan zina.
Turut diluluskan ialah hukuman kepada peminum minuman keras, pengamal homoseks dan perjudian.
Undang-undang itu diluluskan sebulat suara di Parlimen.
Semua pihak bersetuju secara sebulat suara untuk menjadikan rang undang-undang itu sebagai undang-undang termasuk hukuman merejam sampai mati.
Undang-undang ini akan berkuat kuasa dalam tempoh 30 hari dengan atau tanpa kelulusan gabenor Aceh, kata Pengerusi Speaker Khas Parlimen, Bachron M Rasyid.
Ia sekali gus menggantikan undang-undang sivil.
Jurucakap Parti Keadilan Makmur, Moharriyadia berkata, undang-undang itu merupakan langkah pencegahan untuk penduduk Aceh agar mereka tidak terlibat dengan masalah moral.
Bekas pejuang Pergerakan Aceh Merdeka yang kini menjadi Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf menentang keputusan parlimen itu dan meminta ia ditangguhkan dan dikaji semula.
Indonesia ditubuhkan oleh kepelbagaian budaya dan fikiran. Jika Aceh menggantikan undang-undang jenayah dengan hukum syariah maka ia akan menjadi bahaya untuk Indonesia, kata pemikir liberal Islam, Mohamad Guntur Romli.
Sebelum ini, Aceh melaksanakan hukum syariah secara terhad seperti pemakaian, solat lima waktu, puasa dan menunaikan zakat.

Monday, September 7, 2009

Minoriti Islam dan Ramadan

06/09/2009(Utusan Malaysia)
Oleh ZULKIFLEE BAKAR


Umat Islam menunaikan solat tarawih di masjid Indonesia di Bangkok

WALAUPUN menjadi kaum minoriti, ia tidak bermakna umat Islam di sesetengah negara yang berada pada kedudukan itu akan ditindas dan dihalang daripada menjalankan ibadah.

Ini dapat disaksikan sempena ibadah puasa yang sedang dijalani oleh umat Islam di seluruh dunia sekarang.

Di THAILAND, masyarakat Islam di selatan negara itu mampu menjalankan ibadah puasa tanpa sebarang masalah. Walaupun tiga hari sebelum Ramadan menjelma berlaku serangan bom di wilayah itu, namun ia tidak menggugat penduduk.

Sebaliknya serangan bom berkenaan dilakukan oleh pihak yang terlibat dalam jenayah dan tiada kaitan dengan puak pemisah yang tidak dapat dipastikan sama ada wujud atau tidak.

Bagi penduduk Islam, Ramadan tetap disambut dengan meriah tidak kira di mana pun mereka berada sama ada Pattani, Narathiwat dan Yala.

Penulis sudah melihat sendiri kehidupan mereka dan berasa bangga kerana umat Islam mampu beribadah dengan tenang, biarpun ada sesetengah pihak cuba melakukan provokasi kononnya umat Islam di selatan Thailand ditindas.

Kebanggaan

Kebebasan umat Islam beribadah di negara itu semakin jelas kalau sesiapa mengunjungi Masjid Indonesia di Bangkok yang menjadi tumpuan setiap kali Ramadan.

Walaupun jumlah penduduk Islam adalah tidak lebih 10 peratus daripada keseluruhan penduduk Thailand yang berjumlah 60 juta namun Islam menjadi agama kedua terbesar selepas Buddha.

Sempena Ramadan, masjid-masjid di Bangkok mengadakan majlis berbuka puasa dan solat tarawih.

Mengenai Masjid Indonesia pula, ia adalah masjid pertama yang berdiri atas sumbangan warga Indonesia yang menjadi penduduk Thailand.

Masjid ini menjadi kebanggaan bagi masyarakat Indonesia kerana menyimpan dua buah kenang-kenangan berupa jam klasik peninggalan Presiden Sukarno dan Presiden Suharto. Pada bulan puasa ini, masjid tersebut tiap hari menyelenggarakan buka puasa bersama bagi warga Muslim di Thailand.

Turut menjadi tumpuan sepanjang Ramadan ialah Pusat Islam Ramkhaeng yang terletak di Khlong Tan, Bangkok.

Pusat Islam terbesar di Bangkok itu menganjurkan majlis berbuka puasa, solat tarawih dan iktikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadan.

Di PERANCIS, perwatakan yang ditunjukkan oleh pemuda Islam di negara itu berubah sama sekali apabila Ramadan.

Menurut satu laporan, biarpun pada hari biasa, mereka minum arak, merokok dan menghisap ganja, tetapi apabila tiba bulan Ramadan semua perbuatan tersebut ditinggalkan.

Seorang aktivis Islam, Rachid Abu Zareaah, di banyak negara Eropah, ramai pemuda Islam Peranchis meninggalkan perbuatan maksiat dan menyatakan perang terhadap perbuatan dosa selama Ramadan.

Rachid berkata, sepanjang Ramadan, pemuda Muslim mengubah perangai buruk mereka.

‘‘Malah apa yang menarik pengedar ganja pun menghentikan perbuatan berkenaan sebaliknya menjual minyak wangi atau barang-barang untuk umat Islam beribadah,’’ kata Rachid.

Pemuda-pemuda Islam juga tidak bercakap kasar, sebaliknya kita akan mendengar mereka berdoa, memuji dan memohon keampunan Allah.

Di REPUBLIK RAKYAT CHINA, kaum Muslimin di negara itu berpuasa dengan penuh ketabahan dan kegembiraan.

Selain berbuka puasa di masjid-masjid, mereka juga solat Subuh berjemaah dan mendengar ceramah agama.

‘‘‘Ini merupakan bulan suci yang sangat penting bagi kami. Bila kami melakukan suatu kebaikan, ia sama dengan 1,000 kebaikan yang dikerjakan di bulan-bulan lainnya,” kata Ma Guoxing (48 tahun), seorang Muslim daripada kelompok etnis Hui,di wilayah Ningxia Hui.

Pada masa ini, China mempunyai sekitar 20 juta penduduk Islam, separuh daripadanya adalah kelompok etnis Hui. Lebih 2.2 juta Muslim dari kelompok etnis Hui tinggal di Ningxia

Sementara itu, lebih 12,000 penduduk Islam di Beijing, yang umum tinggal di Niujie Street menjalankan ibadah puasa tanpa masalah. Begitu juga dengan penduduk Islam di wilayah Gansu, Qinghai dan Xinjiang Uygur.

Abdul‘ahad Kurban, 43, yang tinggal di Xinjiang, Urumqi berkata, dia dan keluarganya selama Ramadan menyiapkan masakan khas untuk berbuka puasa dan sahur. Makanan itu sebahagiannya akan dibahagikan kepada keluarga Muslim lainnya.

‘‘Seperti warga Muslim lainnya di sini, keluarga kami juga membahagikan makanan dengan sahabat-sahabat,” kata Abdul‘ahad.

Bagi Mila, seorang wanita Islam dari kelompok etnis Uzbekistan di Urumqi, Ramadan tahun ini mempunayi makna tersendiri.

‘‘Ini kerana bandar kami sedang memulihkan keadaan berikutan rusuhan yang berlaku bulan lalu yang menyebabkan 197 terbunuh dan lebih 1,600 orang lagi cedera.

Mila berkata, sempena Ramadan, mereka berdoa agar semua pihak bersedia melakukan kebaikan sesama manusia dan hidup penuh muhibbah.

‘‘Saya juga berharap semua etnik di negara ini dapat bersatu untuk saling menghargai antara satu dengan lainnya tanpa prasangka sepanjang masa,’’ katanya.

Apa pun demikian secebis coretan mengenai sambutan Ramadan di beberapa buah negara Islam. Adalah jelas di mana juga umat Islam berada kehadiran Ramadan tetap disambut dengan penuh meriah dan kesyukuran.

Saturday, September 5, 2009

Aduhai..mana nak dicari 40 org?..

Daripada Ibnu Abbas r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Tiada seorang muslim pun yang meninggal dunia, kemudian berdiri untuk
menyembahyangi jenazahnya itu sebanyak empat puluh orang yang semuanya tidak
menyekutukan sesuatu dengan Allah, melainkan Allah akan mengurniakan syafaat
kepada orang yang mati tadi."

(Riwayat Muslim)

Friday, September 4, 2009

doa dari hati orang yang lalai dan lengah

"Berdoalah kepada ALLAH dan hendaklah kamu percaya bahawa ALLAH tidak akan
memperkenankan doa dari hati orang yang lalai dan lengah."



Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada
kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu
permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan
ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya
angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!".. Murid muridnya pun mengerti
dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri
tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali
berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah
"Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan
diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan
sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan
tidak lagi kekok.Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat
Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas
membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita
dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu,dari yang haq menjadi bathil,
dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal
tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh
mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda
mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik
dan menukar nilai dan ketika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi
sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi
hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan
dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib
adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."

"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" Tanya Guru
kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an,cikgu
akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet.
Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah
tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif
dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar,
digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak
karpet." Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. ..
Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..
Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan
rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda
perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat.
Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,
kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan. .."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam
terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari
perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda
muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang
mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena
Ghazwul Fikri Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh
kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" Tanya murid-
murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib,
Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.""Begitulah Islam...
Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur.
Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak,
baru mereka akan sedar".
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa
dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu
keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di
kepalanya...

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..

TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN
HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA
AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH
DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA
KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!! JUSTERU, MARILAH,
KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH
TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU
TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH
DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.

YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM...AMIIINN. ..


"MENGUSAHAKAN SESUATU ADALAH JAUH LEBIH BAIK DRPD TIDAK MELAKUKAN APA-APA,
WALAUPUN ADAKALANYA YG DIUSAHAKAN ITU GAGAL"

Wednesday, September 2, 2009

Aishah difitnah

AISHAH binti Abu Bakar dilahirkan pada Tahun 614 Masihi di kota Mekah. Ayahnya adalah Abu Bakar As-Siddiq dan ibunya adalah Ummu Ruman binti Amir.

Antara adik-beradiknya, yang terkenal adalah Asma binti Abu Bakar dan Muhammad bin Abu Bakar. Abu Bakar as-Siddiq merupakan lelaki pertama yang memeluk agama Islam dan merupakan orang kanan nabi Muhammad. Aishah telah bernikah dengan nabi sebagai isteri ketiganya selepas Khadijah binti Khuwalid dan Saudah binti Zamah.

Aishah adalah seorang tokoh wanita yang tersohor pada zamannya. Beliau sangat bijaksana, cerdik dan fasih dalam pengucapannya.

Aishah menjadi rujukan dalam bidang ilmu teologi dan hukum agama kerana beliau berpeluang mempelajari banyak ilmu melalui nabi sewaktu menjadi isterinya.
Aishah mendapat gelaran 'as-Siddiqah' kerana Allah telah menguji kejujuran, kepercayaan dan kesucian beliau dalam satu peristiwa. Beliau juga mendapat gelaran Humaira yang bermaksud mawar merah kerana paras rupanya yang cantik dan menawan.

Aishah menyaksikan pelbagai peristiwa penting yang membentuk pelbagai aspek masyarakat Islam pertama di kota Madinah. Antaranya adalah perubahan arah kiblat dari Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis ke Kaabah di Mekah. Beliau juga terlibat dan menyaksikan peperangan Badar, Uhud dan Khandak di antara pihak Islam dan pihak bukan Islam Quraisy.

Aishah membantu pihak Islam dengan membawa minuman dan merawat luka tentera Islam yang cedera. Keberanian dan kecekalan Aishah di medan peperangan harus menjadi panduan kepada generasi remaja pada hari ini untuk menghadapi cabaran hidup yang semakin mencabar.

Setiap kali nabi memulakan sesuatu ekspedisi peperangan, beliau akan membawa salah seorang isterinya untuk menemaninya dengan menggunakan undian.
Aishah terpilih untuk menemani nabi dalam ekspedisi peperangan terhadap Bani Mustaliq. Sewaktu pulang ke kota Madinah, rombongan nabi telah singgah di satu perhentian untuk berehat seketika pada waktu malam.

Aishah keluar dari kawasan khemah untuk membuang air. Ketika pulang semula ke kawasan khemah selepas membuang air, beliau mendapati rantainya hilang.

Aishah berjalan semula ke tempat beliau membuang air untuk mencari rantainya. Setelah mencari untuk jangka masa panjang, rantai itu berjaya ditemuinya.

Apabila pulang semula ke kawasan khemah, rombongan nabi sudah beredar tanpa mengetahui Aishah tiada dalam rombongan mereka. Aishah tidak panik atau berasa takut kerana tahu rombongan itu akan kembali jika menyedari dirinya tiada dalam rombongan mereka. Beliau menyelimutkan dirinya lalu baring sambil menunggu rombongan nabi berpatah balik. Namun tiada siapa yang datang sehingga Aishah tertidur dengan nyenyak.

"Kasihan! Isteri nabi ditinggalkan seorang diri di sini." jerit Safwan bin Muatal yang lalu di kawasan Aishah sedang baring pada keesokan hari.

Aishah yang terkejut dengan jeritan itu bangkit dan menutup mukanya dengan selimut. Safwan membawa untanya lalu mendudukkannya sebelum beredar jauh dari Aishah.

Safwan menarik unta yang ditunggang oleh Aishah dengan pantas menuju ke Kota Madinah. Kepantasan Safwan menarik unta itu menyebabkan Aishah tiba di kota Madinah tidak berapa lama selepas ketibaan rombongan nabi.

Abdullah bin Ubay, Mistah bin Athathah, Hassan dan Hamnah, sepupu Zainab binti Jahsy berpakat memfitnah Aishah bahawa beliau berlaku curang dengan Safwan. Khabar fitnah ini bertiup kencang di Kota Madinah sehingga tiba di cuping telinga nabi.

Nabi menjadi bingung mendengar berita ini dan mula bersikap dingin terhadap Aishah. Beliau mula merasakan perubahan pada diri nabi terhadapnya sehingga beliau meminta izin nabi untuk pulang ke rumah ibu bapanya buat sementara waktu.

Apabila Aishah pulang ke rumahnya, ibu sepupunya memberitahu khabar fitnah itu kepada beliau. Aishah terkejut dan menangis tersedu-sedu sehingga terasa jantungnya berdegup dengan begitu kencang.

Beliau berlari ke rumah untuk mengadu pada ibunya tentang fitnah yang dilemparkan pada dirinya. Ibunya menasihatkan agar tidak sedih dengan khabar fitnah itu kerana wanita cantik yang dicintai suaminya dan menjadi madu sentiasa menjadi buah mulut orang.

Nabi yang gelisah menemui Ali dan Usamah bin Zaid untuk bertanya pendapat mereka. Usamah tidak percaya langsung pada fitnah yang dilemparkan pada Aishah. Ali mencadangkan agar bertanya pada pembantu Aishah tentang perkara itu.

Pembantu Aishah menyatakan tuannya adalah seorang wanita yang baik. Akhirnya nabi mengambil keputusan untuk berjumpa isterinya untuk menjelaskan perkara sebenarnya kepadanya.

"Aishah, kamu sudah mengetahui tentang apa yang dikatakan oleh orang ramai. Takutlah kamu pada Allah jika kamu telah melakukan sesuatu kejahatan seperti yang dikatakan oleh orang ramai. Bertaubatlah kepada Allah kerana Allah menerima segala taubat hambanya."

Aishah menjadi marah dan menoleh ke arah ayah dan ibunya. Namun tiada jawapan yang keluar dari mulut mereka. Beliau mula menangis dan berkata, " Kamu semua telah mendengar segala-segala- galanya tentang diri saya dan mempercayainya.

"Saya tahu jika saya memperakui apa yang dikatakan oleh orang ramai walhal Allah mengetahui saya tidak bersalah, bermakna saya memperakui sesuatu yang tidak benar.

"Namun sekiranya saya membantah apa yang mereka katakan, kamu semua tak akan percaya.

"Saya hanya boleh katakan apa yang dikatakan oleh ayah nabi Yusuf, maka sabar itulah yang baik dan hanya Allah tempat meminta pertolongan atas segala yang kamu lakukan."

Keadaan menjadi sunyi sepi. Apakah yang akan berlaku? Tiba-tiba wahyu turun ketika nabi hendak meninggalkan rumah Abu Bakar. Wajah nabi penuh dengan peluh walaupun pada ketika itu cuaca begitu sejuk.

Semua yang hadir di rumah itu senyap dan menarik nafas panjang. Setelah wahyu habis turun, wajah nabi kelihatan gembira.

"Allah telah menurunkan wahyu membuktikan kesucian kamu!" kata nabi yang kemudian membacakan 10 ayat dari surah al-Nur 11 ayat 26.

Turunnya ayat ini menunjukkan Aishah dan Safwan bersih daripada semua tuduhan yang dilontarkan kepada mereka. Nabi merupakan orang yang paling baik dan sudah pasti wanita yang paling baik pula yang menjadi isterinya.

Aishah meninggal dunia pada zaman khalifah Muawiyah ketika berusia 67 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Jannat al-Baqi seperti wasiatnya. Jenazah beliau dimakamkan oleh Abu Hurairah yang menjadi Gabenor Mekah pada masa itu. (dipetik dari:Sahabat Tazkirah

Thursday, August 27, 2009

Kisah Perang Salib




Dalil Hadith dan Sunnah Rasulullah S.A.W



Maksudnya: "Hendaklah kamu berada dalam jama'ah kerana sesungguhnya berjama'ah itu adalah rahmat , sedangkan perpecahan itu merupakan azab." (Muslim)



Dalil-dalil Qawa'idul Fiqhiyyah (kaedah fekah)



Maksudnya: "Jika tidak terlaksana perkara yang wajib itu sehingga ada perkara yang membawa ia terlaksana, maka tidak dapat tidak perkara tersebut juga menjadi wajib."



Dalil Aqli (akal) berdasarkan kepada Waqi' (realiti) semasa



Diperhatikan mereka yang menentang Islam, mereka bekerja secara pasukan. Sebab itu tidak boleh diterima syara' dan akal, musuh seperti ini dapat dihadapi dengan jayanya secara individu. Abu Bakar r.a pernah berkata kepada Khalid Al Walid: "Perangilah mereka sebagaimana mereka memerangi kamu, pedang dengan pedang, lembing dengan lembing dan panah dengan panah."



Jerussalem merupakan kota Suci bagi ketiga-tiga agama samawi yakni Islam, Yahudi dan Kristian. Di dalam kota inilah letaknya Masjid Al-Aqsa yang dibangun oleh Nabi Sulaiman dan menjadi Kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Baitullah di Makkah. Ketika Nabi Muhammad Isra', singgah dan solat di masjid ini sebelum Mi'raj ke langit. Nabi Isa as. juga dilahirkan di Baitullaham berdekatan kota Jerussalam ini.



Di masa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab (13-23 H/634-644 M) Jerussalam dapat direbut oleh kaum Muslimin dalam suatu penyerahan kuasa secara damai. Khalifah Umar sendiri datang ke Jerussalem untuk menerima penyerahan kota Suci itu atas desakan dan persetujuan Uskup Agung Sophronius.
Berabad abad lamanya kota itu berada di bawah pentadbiran Islam, tapi penduduknya bebas memeluk agama dan melaksanakan ajaran agamanya masing-masing tanpa ada gangguan. Orang-orang Kristian dari seluruh dunia juga bebas datang untuk mengerjakan haji di kota Suci itu dan mengerjakan upacara keagamaannya. Orang-orang Kristian dari Eropah datang mengerjakan haji dalam jumlah rombongan yang besar dengan membawa obor dan pedang seperti tentera. Sebahagian dari mereka mempermainkan pedang dengan dikelilingi pasukan gendang dan seruling dan diiringkan pula oleh pasukan bersenjata lengkap.



Sebelum Jerussalem ditadbir Kerajaan Seljuk pada tahun 1070, upacara seperti itu dibiarkan saja oleh umat Islam, kerana dasar toleransi agama. Akan tetapi apabila Kerajaan Seljuk memerintah, upacara seperti itu tidak dibernarkan, dengan alasan keselamatan.



Mungkin kerana upacara tersebut semakin berbahaya. Lebih-lebih lagi kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian dalam upacara itu sering menyebabkan pergaduhan dan huruhara. Disebutkan bahawa pada tahun 1064 ketua Uskup memimpin pasukan seramai 7000 orang jemaah haji yang terdiri dari kumpulan Baron-baron dan para pahlawan telah menyerang orang-orang Arab dan orang-orang Turki.

Itulah yang membimbangkan Kerajaan Seljuk. Jadi larangan itu demi keselamatan Jemaah haji Kristian itu sendiri. Malangnya, tindakan Seljuk itu menjadi salah anggapan oleh orang-orang Eropah. Ketua-ketua agama mereka telah berkempin bahawa kebebasan agamanya telah dicabuli oleh orang-orang Islam dan menyeru agar Tanah Suci itu dibebaskan dari genggaman umat Islam.



Patriach Ermite adalah paderi yang paling lantang dan bertungkus lumus mengapi-apikan kemarahan umat Kristian. Dia asalnya seorang tentera, tapi kemudian menjadi paderi, berwatak kepala angin dan cepat marah. Dalam usahanya untuk menarik simpati umat Kristian, Ermite telah berkeliling Eropah dengan mengenderai seekor kaldai sambil memikul kayu Salib besar, berkaki ayam dan berpakaian compang camping. Dia telah berpidato di hadapan orang ramai sama ada di dalam gereja, di jalan-jalan raya atau di pasar-pasar. Dia menceritakan sama ada benar atau bohong kisah kunjungannya ke Baitul Maqdis.



Katanya, dia melihat pencerobohan kesucian ke atas kubur Nabi Isa oleh Kerajaan Turki Seljuk. Diceritakan bahawa jemaah haji Kristian telah dihina, dizalimi dan dinista oleh orang-orang Islam di Jerussalem. Serentak dengan itu, dia menggalakkan orang ramai agar bangkit menyertai perang untuk membebaskan Jerussalem dari tangan orang Islam. Hasutan Ermite berhasil dengan menggalakkan. Paus Urbanus II mengumumkan ampunan seluruh dosa bagi yang bersedia dengan suka rela mengikuti Perang Suci itu, sekalipun sebelumnya dia merupakan seorang perompak, pembunuh, pencuri dan sebagainya. Maka keluarlah ribuan umat Kristian untuk mengikuti perang dengan memikul senjata untuk menyertai perang Suci. Mereka yang ingin mengikuti perang ini diperintahkan agar meletakkan tanda Salib di badannya, oleh kerana itulah perang ini disebut Perang Salib.

Paus Urbanus menetapkan tarikh 15 Ogos 1095 bagi pemberangkatan tentera Salib menuju Timur Tengah, tapi kalangan awam sudah tidak sabar menunggu lebih lama lagi setelah dijanjikan dengan berbagai kebebasan, kemewahan dan habuan. Mereka mendesak Paderi Patriach Ermite agar berangkat memimpin mereka. Maka Ermite pun berangkat dengan 60,000 orang pasukan, kemudian disusul oleh kaum tani dari Jerman seramai 20.000, datang lagi 200,000 orang menjadikan jumlah keseluruhannya 300,000 orang lelaki dan perempuan. Sepanjang perjalanan, mereka di izinkan merompak, memperkosa, berzina dan mabuk-mabuk. Setiap penduduk negeri yang dilaluinya, selalu mengalu-alukan dan memberikan bantuan seperlunya.



Akan tetapi sesampainya di Hongaria dan Bulgaria, sambutan sangat dingin, menyebabkan pasukan Salib yang sudah kekurangan makanan ini marah dan merampas harta benda penduduk. Penduduk di dua negeri ini tidak tinggal diam. Walau pun mereka sama-sama beragama Kristian, mereka tidak senang dan bertindak balas. Terjadilah pertempuran sengit dan pembunuhan yang mengerikan. Dari 300,000 orang pasukan Salib itu hanya 7000 sahaja yang selamat sampai di Semenanjung Thracia di bawah pimpinan sang Rahib.



Apabila pasukan Salib itu telah mendarat di pantai Asia kecil, pasukan kaum Muslimin yang di pimpin oleh Sultan Kalij Arselan telah menyambutnya dengan hayunan pedang. Maka terjadilah pertempuran sengit antara kaum Salib dengan pasukan Islam yang berakhir dengan hancur binasanya seluruh pasukan Salib itu.

Kaum Salib Mengganas



Setelah kaum Salib yang dipimpin oleh para Rahib yang tidak tahu strategi perang itu musnah sama sekali, muncullah pasukan Salib yang dipimpin oleh anak-anak Raja Godfrey dari Lorraine Perancis, Bohemund dari Normandy dan Raymond dari Toulouse. Mereka berkumpul di Konstantinopel dengan kekuatan 150,000 askar, kemudian menyeberang selat Bosfur dan melanggar wliayah Islam bagaikan air bah. Pasukan kaum Muslimin yang hanya berkekuatan 50,000 orang bertahan mati-matian di bawah pimpinan Sultan Kalij Arselan.



Satu persatu kota dan Benteng kaum Muslimin jatuh ke tangan kaum Salib, memaksa Kalij Arselan berundur dari satu benteng ke benteng yang lain sambil menyusun kekuatan dan taktik baru. Bala bantuan kaum Salib datang mencurah-curah dari negara-negara Eropah. Sedangkan Kalij Arselan tidak dapat mengharapkan bantuan dari wilayah-wilayah Islam yang lain, kerana mereka sibuk dengan kemelut dalaman masing-masing.



Setelah berlaku pertempuran sekian lama, akhirnya kaum Salib dapat mara dan mengepung Baitul Maqdis, tapi penduduk kota Suci itu tidak mahu menyerah kalah begitu saja. Mereka telah berjuang dengan jiwa raga mempertahankan kota Suci itu selama satu bulan. Akhirnya pada 15 Julai 1099, Baitul Maqdis jatuh ke tangan pasukan Salib, tercapailah cita-cita mereka.
Berlakulah keganasan luar biasa yang belum pernah terjadi dalam sejarah umat manusia. Kaum kafir Kristian itu telah menyembelih penduduk awam Islam lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan sangat ganasnya. Mereka juga membantai orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian yang enggan bergabung dengan kaum Salib. Keganasan kaum Salib Kristian yang sangat melampau itu telah dikutuk dan diperkatakan oleh para saksi dan penulis sejarah yang terdiri dari berbagai agama dan bangsa.



Seorang ahli sejarah Perancis, Michaud berkata: "Pada saat penaklukan Jerussalem oleh orang Kristian tahun 1099, orang-orang Islam dibantai di jalan-jalan dan di rumah-rumah. Jerussalem tidak punya tempat lagi bagi orang-orang yang kalah itu. Beberapa orang cuba mengelak dari kematian dengan cara menghendap-hendap dari benteng, yang lain berkerumun di istana dan berbagai menara untuk mencari perlindungan terutama di masjid-masjid. Namun mereka tetap tidak dapat menyembunyikan diri dari pengejaran orang-orang Kristian itu.



Tentera Salib yang menjadi tuan di Masjid Umar, di mana orang-orang Islam cuba mempertahankan diri selama beberapa lama menambahkan lagi adegan-adegan yang mengerikan yang menodai penaklukan Titus. Tentera infanteri dan kaveleri lari tunggang langgang di antara para buruan. Di tengah huru-hara yang mengerikan itu yang terdengar hanya rintihan dan jeritan kematian. Orang-orang yang menang itu memijak-mijak tumpukan mayat ketika mereka lari mengejar orang yang cuba menyelamatkan diri dengan sia-sia.

Raymond d'Agiles, yang menyaksikan peristiwa itu dengan mata kepalanya sendiri mengatakan: "Di bawah serambi masjid yang melengkung itu, genangan darah dalamnya mencecah lutut dan mencapai tali kekang kuda."



Aksi pembantaian hanya berhenti beberapa saat saja, yakni ketika pasukan Salib itu berkumpul untuk menyatakan kesyukuran di atas kemenangan mereka. Tapi sebaik saja upacara itu selesai, pembantaian diteruskan dengan lebih ganas lagi.



Seterusnya Michaud berkata: "Semua yang tertangkap yang disisakan dari pembantaian pertama, semua yang telah diselamatkan untuk mendapatkan upeti, dibantai dengan kejam. Orang-orang Islam itu dipaksa terjun dari puncak menara dan bumbung-bumbung rumah, mereka dibakar hidup -hidup , diheret dari tempat persembunyian bawah tanah, diheret ke hadapan umum dan dikurbankan di tiang gantungan.



Air mata wanita, tangisan kanak-kanak, begitu juga pemandangan dari tempat Yesus Kristus memberikan ampun kepada para algojonya, sama sekali tidak dapat meredhakan nafsu membunuh orang-orang yang menang itu. Penyembelihan itu berlangsung selama seminggu. Beberapa orang yang berhasil melarikan diri, dimusnahkan atau dikurangkan bilangannya dengan perhambaan atau kerja paksa yang mengerikan."



Gustav Le Bon telah mensifatkan penyembelihan kaum Salib Kristian sebagaimana kata-katanya: "Kaum Salib kita yang "bertakwa" itu tidak memadai dengan melakukan berbagai bentuk kezaliman, kerosakan dan penganiayaan, mereka kemudian mengadakan suatu mesyuarat yang memutuskan supaya dibunuh saja semua penduduk Baitul Maqdis yang terdiri dari kaum Muslimin dan bangsa Yahudi serta orang-orang Kristian yang tidak memberikan pertolongan kepada mereka yang jumlah mencapai 60,000 orang. Orang-orang itu telah dibunuh semua dalam masa 8 hari saja termasuk perempuan, kanak-kanak dan orang tua, tidak seorang pun yang terkecuali.



Ahli sejarah Kristian yang lain, Mill, mengatakan: "Ketika itu diputuskan bahawa rasa kasihan tidak boleh diperlihatkan terhadap kaum Muslimin. Orang-orang yang kalah itu diheret ke tempat-tempat umum dan dibunuh. Semua kaum wanita yang sedang menyusu, anak-anak gadis dan anak-anak lelaki dibantai dengan kejam. Tanah padang, jalan-jalan, bahkan tempat-tempat yang tidak berpenghuni di Jerusssalem ditaburi oleh mayat-mayat wanita dan lelaki, dan tubuh kanak-kanak yang koyak-koyak. Tidak ada hati yang lebur dalam keharuan atau yang tergerak untuk berbuat kebajikan melihat peristiwa mengerikan itu."

Artikel dipetik dari buku Kisah 85 Kekasih Allah (Kisah Pejuang Islam) Jilid 3, Darul Nu'man, oleh Tuan Hj Ahmad Muhd Abd Ghaffar.

Tuesday, August 25, 2009

Buih2 Dilautan..banyak tp?




Tadi sewaktu kelas, Kuliah nasionalisme Dan masyarakat Minoriti seputar jam 10am. Lect sy membincangkan tentang Gerakan pemisahan di Asia Tenggara. Saya tertarik dgn satu penyataan Lect saya yg berbunyi lbih kurg begini:
"...cleansing Ethnic yang berlaku adalah melibatkan orang2 Muslim.."Knapa perkara ini berlaku?soalan Lect saya itu cukup membuatkan saya terbangun dari tidur yg alpa.
Jika dilihat Gerakan pemisah yg cuba diwujudkan adalah untuk mengembalikan hak masyarakat minoriti yang cuba dinafikan hak mereka dari segi ekonomi, politik dan soaial mereka.Jika ditinjau, masarakat minoriti di Asia tenggara ini majoritinya adalah beragama Islam. Misalnya Masyarakat Morro di Filippina, Masyrakat Melayu Pattani di Thailand, Orang2 Champa di Vietnam adalah melibatkan golongan muslim. Mengapa berlaku penghapusan etnik dikalangan masyarakat Muslim??

Begitu tertarik saya dengan kuliah yg disampaikan oleh Lect saya hari ini..Umat akhir zaman adalah ramai dan banyak, ibarat buih di lautan..yg lemah kerana walaupun ramai dan banyak, teapi tidak bersatu- padu. Lihat apa ang disiarkan oleh Utusan Malaysia:
"ARKIB : 09/01/2005
Tsunami dedah kelemahan umat -- Orang Islam gagal menguasai ilmu sains, teknologi, politik dan ekonomi

Oleh Zin Mahmud


WALAUPUN bencana tsunami tidak mengenal bangsa dan agama tetapi ternyata malapetaka 26 Disember mengorbankan lebih banyak orang Islam daripada penganut agama lain.

Indonesia saja melalui Aceh yang merupakan wilayah Islam sudah menyumbangkan lebih 100,000 korban. Negara-negara Islam lain yang turut dilanda tsunami ialah Malaysia, Maldives, Somalia, Tanzania dan Bangladesh.

Bagaimanapun, korban tsunami di Sri Lanka dan India juga banyak daripada kalangan umat Islam. Galle di Sri Lanka merupakan sebahagian daripada wilayah penempatan orang Islam. Begitu juga di Tamil Nadu, India yang mempunyai banyak penduduk Islam. Malah wilayah Myanmar yang dilanda tsunami juga dipercayai daripada kalangan Islam kerana Arakan terkenal dihuni oleh bangsa Rohingya. Suku kaum Islam ini dinafikan hak kewarganegaraan oleh Yangon.

Walaupun mereka yang terkorban di Phuket, Thailand adalah kebanyakannya pelancong asing serta penduduk bukan Islam, tetapi dari segi sejarah, wilayah itu merupakan sebahagian daripada kawasan selatan Thailand yang menjadi rantau Melayu Islam. Phuket asalnya daripada perkataan `bukit'.

Malah di pesisiran Afrika Timur, kawasan yang dilanda tsunami itu adalah penempatan orang Islam. Ini kerana sememangnya dari segi sejarahnya, kebanyakan orang Islam di sekitar Lautan Hindi bermukim di pesisiran laut.

Ini kerana Islam bukan saja agama padang pasir tetapi juga agama laut atau maritim. Sebabnya ialah orang Islam berdagang dan berdakwah melalui laut.

Malah Lautan Hindi adalah sebenarnya lautan Islam dengan dikaitkan kepada kegemilangan laluan dagang pada zaman keagungan khalifah dan sultan yang memerintah Asia Barat, Asia Selatan, Asia Tenggara dan Afrika Timur.

Ketika itu, pelabuhan paling terkenal ialah Basrah di Iraq yang berkhidmat untuk Baghdad, ibu kota Khalifah Abasiah. Dari Basrah, keluarlah kisah-kisah pelayaran Ibn Batutah dan legenda Sinbad. Malah Sinbad digambarkan belayar hingga ke Kemboja.

Walaupun kemudian Baghdad tumbang di tangan Moghul tetapi laluan laut tetap di tangan orang Islam. Kapal-kapal dagang dan dakwah sampai ke pesisiran Afrika Timur dan mewujudkan penempatan-penempatan Islam di Somalia dan Kenya. Sultan Zanzibar di Tanzania mempunyai pelabuhan yang sibuk berkhidmat bagi pesisiran pantai benua itu hingga ke Afrika Selatan.

Sementara di India di bawah pemerintahan Moghul, pelabuhan-pelabuhan seperti Goa muncul untuk menjadi pusat laluan kapal dari kawasan Arab dan Afrika untuk ke Asia. Sebahagian daripada Tamil Nadu yang turut pernah diperintah oleh raja Islam mempunyai pelabuhan di Madras (daripada perkataan madrasah dan kini dikenali sebagai Chennai) yang mempunyai laluan hubungan hingga ke Benggala, Burma dan seterusnya Asia Tenggara. Sri Lanka turut mempunyai pelabuhan yang melengkapkan laluan kapal-kapal pedagang Islam.

Pada masa inilah pelabuhan-pelabuhan milik Muslim turut muncul di Asia Tenggara. Pendakwah dari Arab, Parsi dan India telah berjaya menyebarkan Islam ke kepulauan Melayu. Mula-mula pelabuhan Raja Samudera di Sumatera yang memeluk agama Islam.

Samudera ini terletak di sekitar Aceh hari ini. Kemudian satu per satu negeri Melayu di Sumatera memeluk Islam termasuklah Aceh. Banda Aceh menjadi pelabuhan persinggahan pedagang dan pendakwah.

Kegemilangan

Pengaruh Islam ini tersebar dan pelabuhan-pelabuhan milik Muslim wujud di Jawa, Kalimantan, Maluku, Sulawesi hinggalah ke Mindanao.

Pengaruh Islam sampai ke Pattani dan Champa di Vietnam.

Tetapi paling bermakna bagi orang Melayu ialah kemunculan Kesultanan Melaka yang menjadi pelabuhan penting Islam di Asia Tenggara. Kegemilangan Melaka ini dapat dipertahankan kerana China di bawah dinasti Ming mempunyai istana yang dipengaruhi kuat oleh pembesar Islam.

Mereka pula mengambil polisi untuk menjadi negara maritim. Cheng Ho yang beragama Islam belayar hingga ke Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Barat.

Pelabuhan Zaytun di China terkenal sebagai pusat perdagangan Islam. Dinasti Ming hampir menjadi Islam dan kekuatannya membolehkan Melaka mengelak daripada penjajahan Siam.

Ketika itu sememangnya, umat Islam adalah kuasa besar dan seluruh Lautan Hindi dikuasai mereka.

Kekuatan Islam itu runtuh dengan kemunculan Portugis yang merintis penguasaan Barat ke atas Lautan Hindi. Portugis menguasai Goa, Melaka hinggalah ke Maluku dan Timor Leste.

Kejatuhan Melaka memaksa operasi pedagang Islam berpindah ke Banda Aceh. Tetapi kemunculan pelabuhan ini menarik minat Belanda yang bertubi menyerang dan mahu menguasainya.

Aceh menjadi negara terakhir yang dikuasai Belanda. Tetapi ketika itu Lautan Hindi telah dikuasai oleh penjajah Barat sama ada Britain atau Perancis.

Sejak itu umat Islam di seluruh rantau Lautan Hindi semakin lemah. Walaupun selepas Perang Dunia Kedua, muncul negara-negara Islam merdeka seperti Pakistan, Bangladesh, Malaysia, Indonesia, Somalia dan Tanzania tetapi mereka gagal menjadi negara maju. Ini berlaku walaupun kekayaan minyak dinikmati oleh banyak negara Islam baik di negara-negara Arab mahupun Malaysia dan Indonesia.

Aceh juga terkenal sebagai wilayah yang kaya dengan minyak.

Tetapi negara-negara Islam di pesisiran Lautan Hindi dirundung dengan pelbagai masalah kritikal daripada kemiskinan, kejahilan hinggalah urus tadbir buruk oleh kepimpinan masing-masing yang kebanyakannya korup.

Lihatlah negara-negara Islam yang dilanda tsunami baru-baru ini. Somalia masih tidak bangkit daripada perang saudaranya dahulu. Tanzania pula dianggap miskin.

Sementara kedudukan orang Islam di Sri Lanka tersepit antara kerajaan bermajoriti Sinhala dengan pemisah Tamil Eelam. Kedudukan umat Islam di India tidaklah begitu baik. Umat Islam di Myanmar amat tersisih dan tertinggal. Begitu juga di Thailand yang masih bergolak. Phuket yang pernah satu masa dimiliki umat Islam sudah terlepas. Malaysia lebih bernasib baik tetapi umat Islam di Pulau Pinang juga ketinggalan.

Tetapi nasib paling buruk dihadapi oleh Aceh kerana sejak negara itu ditakluk Belanda dan Indonesia terbentuk, wilayah yang kaya minyak itu gagal dibangunkan. Mereka disisihkan baik semasa Sukarno mahupun Suharto. Selepas kejatuhan Suharto, peperangan antara tentera Indonesia dan pemisah Gerakan Aceh Merdeka (GAM) menjadikan penduduk wilayah itu menanggung kesengsaraan.

Maka apabila berlaku bencana tsunami ini, penderitaan dahsyat lebih ketara. Banyak orang Aceh beranggapan Jakarta tidak bersungguh-sungguh membantu mereka. Bukan saja bantuan lambat tiba tetapi armada tentera laut Indonesia dianggap gagal berusaha untuk menyelamat mangsa yang terapung-apung di laut berhampiran Meulabuh.

Banyak orang Aceh tidak percaya pada kesungguhan Jakarta. Kelemahan Indonesia yang merupakan negara paling besar penduduk Islam di dunia itu mencerminkan kelemahan umat Islam keseluruhannya.

Tetapi hakikat bahawa tsunami ini meragut banyak nyawa orang Islam di seluruh pesisiran Lautan Hindi itu menunjukkan kegagalan umat Islam untuk mencapai kecanggihan sains dalam bidang seismologi dan teknologi sistem amaran awal.

Indonesia yang tentunya sedar tentang kedudukan geologi mereka tidak berupaya untuk memiliki sistem amaran awal seperti yang dimiliki oleh Jepun dan Amerika Syarikat (AS).

Kelemahan Indonesia mendatangkan kesan buruk kepada semua negara Islam lain. Ini kerana jika mereka canggih dan maju sudah tentu sistem ini dapat dirangkaikan pada kesemua negara lain di rantau Lautan Hindi.

Sebab kedaifan ini, maka umat Islam tidak mempunyai persediaan untuk menghadapi bencana ini. Sesungguhnya, keselamatan umat Islam telah terjejas akibat kemunduran ini. Keadaan buruk ini menjadi lebih teruk apabila umat Islam tidak mampu membantu sesama sendiri.

Kekerasan

Akhirnya yang banyak membantu adalah negara-negara Barat yang diketuai AS. Bukanlah kerana negara-negara Arab tidak menghulurkan bantuan tetapi Barat lebih cepat dan cekap. Arab Saudi dan Kuwait memberi banyak bantuan tetapi mereka tidak dapat menyaingi negara Barat.

Dalam rantau Asia Tenggara sendiri, Singapura mengalahkan negara Islam lain dalam menunjukkan prihatin tersendiri dengan memberi bantuan besar kepada Aceh. Begitu juga dengan China.

Dipercayai badan-badan kebajikan Eropah dan AS yang berasaskan pada Kristian turut memberi sumbangan besar. Vatican sendiri telah menyeru supaya bantuan dihulurkan.

Bagaimanapun, akhirnya AS juga yang menampilkan kemampuannya untuk menghantar kapal besar mereka Abraham Lincoln. Mereka mampu menggunakan helikopter untuk menghantar bantuan dan menyelamatkan mangsa di lautan. Adalah dipercayai AS sampai dahulu daripada negara Islam di banyak tempat di Aceh.

Malaysia sendiri telah membuka laluan bagi AS di Langkawi untuk mengirim bantuan. Malah andai kata Indonesia membenarkan, banyak keluarga Kristian di Eropah yang bersedia untuk mengambil anak-anak yatim Aceh sebagai anak angkat.

Sungguh jelas kelemahan umat Islam yang tidak dapat membantu diri sendiri. Malaysia hanya mampu menyeru agensi-agensi kebajikan anak yatim di negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk membantu rakyat Aceh.

Banyak kalangan umat Islam yang gemar untuk menyifatkan bencana tsunami ini sebagai hukuman daripada Allah kerana manusia enggan mematuhi perintah-Nya. Apakah perintah-Nya itu?

Allah memerintahkan umat Islam supaya berilmu. Kalau dilihat daripada akibat yang ditanggung oleh umat Islam di rantau Lautan Hindi ini dapat dirumuskan bahawa hukuman itu dikenakan kerana umat Islam tidak membangunkan diri.

Andai kata umat Islam mencapai kecemerlangan dalam bidang politik, ekonomi, pertahanan, sains dan teknologi, maka ia mampu mewujudkan perdamaian dan sepakat sesama sendiri di samping membangunkan sistem amaran awal tsunami.

Malah umat Islam yang maju akan dapat membantu orang lain tanpa mengira agama. Orang Islamlah yang patut mampu menghulur bantuan kepada orang lain seperti kepada penganut agama Buddha, Hindu dan Kristian di Thailand, Sri Lanka dan India.

Tetapi hakikatnya sekarang, umat Islam menjadi peminta sedekah daripada badan-badan kebajikan Kristian di Eropah dan AS.

Bukan itu saja, bantuan tersebut yang disampaikan juga ada berkemungkinan turut bocor kerana rasuah.

Rasuah amat ditegah oleh Islam tetapi kebanyakan negara Islam menghadapi masalah korupsi yang berat. Banyak kakitangan kerajaan dan peniaga Islam di negara-negara Islam di seluruh dunia tidak beramanah. Sedangkan amanah amat dituntut oleh Allah.

Penderitaan yang ditanggung oleh umat Islam khususnya di Aceh adalah bukannya kerana aktiviti alam yang mendatangkan tsunami tetapi kegagalan umat Islam menguasai ilmu sains, teknologi, politik dan ekonomi.

Iktibar yang hendak diambil daripada tragedi ini ialah perlunya mematuhi ajaran Islam khususnya dalam soal penguasaan ilmu, berpemikiran tinggi, berakhlak dan kepimpinan yang baik. Penderitaan Aceh dan kegagalan Indonesia adalah juga penderitaan dan kegagalan umat Islam sejagat.

Malaysia yang lebih berkedudukan baik daripada Indonesia masih tidak mampu menolong jiran dengan sepenuhnya. Dalam negara pun, yang mampu menderma lebih banyak bukannya orang Islam.
waalhu'alam..Renung2 dan fikir- fikirkan?

Kesilapan Muslim dalam Bulan Ramadhan...

Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-


1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. . Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)


2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)


3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)


4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.


5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.


6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.


7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)



8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari

Dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinyamenambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkanprodu ktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.


9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)


10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur.

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)



11) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa menjaga aurat.

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.



12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram,

Samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.


13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Renung-renungkan & Selamat beramal

Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut,

anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...

_,___

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA


"Belajarlah untuk memberi dengan sebanyak-banyaknya...bukan menerima dengan sebanyak-banyaknya..."

p/s:syukran kepada sahabat,Ikin. yg sudi menghantar bahan ini kepada saya..

Saturday, August 22, 2009

china muslims welcome Ramadhan

China Muslims Welcome Ramadan
22/08/2009 05:00:49 PM GMT

YINCHUAN — Ma Guoxing woke up very early on Saturday, August 22, and went to a local mosque in Tuanjie village in China’s northwestern city of Wuzhong for the first Fajr (dawn) prayers in the holy fasting month of Ramadan. "It is a very important month for us," Ma, a 48-year-old farmer, told the Xinhua news agency.

He joined thousands of fellow Muslims in performing the prayers behind the imam.

"If we do a good deed in Ramadan, it will mean we do 1,000 good deeds in other periods of time,” he said.

"In a whole of a year, we are expecting this month to come to do more good deeds and accumulate merits."

Ramadan, the holiest month in Islamic calendar, started in China on Saturday.

In Ramadan, adult Muslims, save the sick and those traveling, abstain from food, drink, smoking and sex between dawn and sunset.

Most dedicate their time during the holy month to become closer to Allah through self-restraint, good deeds and prayer.

"Ramadan can strengthen our mind, restrain our selfish desires and teach us to lead a life in a healthy way," said Jianming, a young Muslim of Hui ethnic group.

China has now 20 million Muslims, about half of them being from the Hui ethnic group.

Special

For many Chinese Muslims, Ramadan is a chance for strengthening family and community ties.

"The country is so prosperous today that few people cannot eat his fill, but we Muslims still keep to the tradition of offering food to others and carry forward the fine virtue Allah taught us," Abdul'ahat Kurban, 43, from the Xinjiang regional capital of Urumqi, said.

Abdul'ahat has prepared huge amount of food to send for poor people, relatives and friends.

The holy fasting month started in China one month after more than 190 people were killed in Xinjiang province in a deadly crackdown by Chinese troops on Uighur Muslims protesting discrimination and religious and cultural controls in their area.

"We went through unprecedented agony more than a month ago," said Mila, a Muslim of Uzbek ethnic group in Urumqi.

"May all the deceased rest in peace and the injured recover soon."

Xinjiang and its Uighur Muslims, a Turkish-speaking minority of more than eight million, continue to be the subject of massive security crackdowns.

"I wish all people chastened by Ramadan will become more kind to others and achieve a tranquil and harmonious state of mind," Mila said.

"I also wish people of all ethnic groups in the country are united as one forever."from (http://www.islamonline.com)

Thursday, August 13, 2009

Indahnya ISLAM..

Perempuan dalam peradaban Babylon dan Syria dizalimi dan dihinakan dengan cara yang sama seperti perempuan- perempuan dalam peradaban kuno yang lain.Tradisi dan upacara- upacara ritual keagamaan mereka terbukti telah mengabaikan keberadaan perempuan dan peranan sosialnya. Kesimpulan ini telah diambil setelah mengkaji berbagai kitab sejarah kuno yang melukiskan berbagai tahap yang berbeza tentang kehidupan perempuan. Perempuan muda adalah milik ayahnya dan ketika dia mengalami masalah kewangan, dia akan memaksa anak perempuanya prostitusi(Will Durant:234). Sekiranya perempuan itu sudah menikah, maka pernikahan itudianggap sebuah lelongan.Hukum pada waktu itu meletakkan bahawa sesiapa sahaja yang mempunyai anak perempuan yang sudah cukup umur untuk dinikahkan maka harus dibawa ke tempat atau pasar di mana para laki- laki berkumpul setahun sekali. Petugas lelongan akan memberikan cirri- cirri umum dari setiap perempuan dan akan menjual mereka satu demi satu, iaitu petugas lelongan akan memuali dengan seorang perempuan yang paling menarik untuk mendapatkan harga yang tinggi dan akan menjual mereka dengan syarat si pembeli akan menikahinya(Wiiliam Durant:232)

. Selain itu, hukuman yang berlaku adalah sangat tidak adil bagi seorang perempuan. Hukum menetapkan bahawa jika seorang laki- laki memukul seorang gadis dan kemudian dia mati, maka laki- laki tidak akan dihukum . Sebagai gantinya, maka anak perempuan dari silaki- laki itu akan dihukum matiPerempuan juga selalu dibebani dengan berbagai pekerjaan . Oleh kerana itu, ia akan menghabiskan kehidupannya yang berpanjangan terhadap suami dan mengurus rumah. Antaranya , mereka terpaksa pergi mengambil air di sumur, atau sungai. Mereka juga dikehendaki menggiling jagung, membuat adunan, membakar roti dan menguruskan rumah.Namun mereka diberi kebebasan untuk bergerak, walaupun tanpa izin suaminya.Bagi kaum perempuan kelas atasan pula, mereka tinggal dibahagian rumah yang terpisah dan apabila hendak keluar rumah, mereka dikawal oleh para penjaga atau pelayan. Bagi perempuan dari kelas social yang rendah mereka ini dianggap sebagai mesin untuk produksi bayi, terutama jika mereka tidak memiliki mas kahwin atau warisan yang diperolehi daripada orang tuanya adalah sedikit, dalam keadaan ini mereka diperlakukan tidak lebih baik dari pelayan dan budak (Will Durant:234)

Bangsa Babylon juga mengizinkan hubungan seks pra- nikah tetapi sangat keras dalam hal menjaga kesetian isteri terhadap suaminya.Perempuan akan dihukum berat bahkan dihukum mati jika didapati melakukan penzinaan.Jika seorang perempuan yang sudah berkahwin, dituduh berzina maka perempuan tersebut akan terus dilemparkan ke dalam sungai untuk menyelamatkan kehormatan suami walaupun tanpa bukti atau saksi. Namun begitu, sebelum pernikahan mereka bebas menikmati kebebasan seksual yang mutlak.Bangsa Babylon juga tekenal dengan tradisi yang memalikan yang dikenali sebagai “pelacuran sakral”. Ia menghancurkan martabat dan kemanusiaan kaum perempuan. Kaum perempuan Babylon harus tidur di “Kuil Bunga” dan harus melakukan hubungan seksual dengan seseorang yang sama sekali asing baginya. Perempuan kaya, kerana martabatnya tinggi berbanding perempuan lain, mereka tidak mahu bercampur dengan perempuan lain. Mereka ini akan duduk di kuil dengan mengenakan mahkota.Pra laki- laki akan berjalan mengelilingi mereka dan masing- masing akan perempuan yang disukainya.Perempuan tidak boleh meninggalkan kuil sehinggalah ada seorang laki- laki yang memilih mereka dan melemparkan perak ke pangkannya dan melakukan seks dengannya.

Hak- hak positif yang diberikan kepada perempuan di pusat- pusat perdagangan di Babylon adalah hak untuk memiliki harta kekayaan sendiri, menikmati kekuasaan penuh untuk mengatur wang sendiri dan mendapat warisan.

Peradaban Mesir

Wanita pada zaman Mesir adalah berbeza dengan wanita pada peradaban yang lain.Mereka dihormati dan dihargai. Dalam peradaban Mesir, bangsa Mesir mempercayai wanita dalam hal negaranya.Mereka mampu menguasai Mesir secara individu atau kolektif. Wanita mereka menyusun undang- undang, mengadakan hubungan luar negeri. Bangsa Mesir membuat patung- patung untuk mngenang kebesaran, kekuatan, dan ketinggian martabat mereka.

Perempuan juga turut menambah belanja keluarga apabila dipersetujui pada saat bernikah.Mereka membuat keputusan sendiri mengenai anak- anak dan urusan rumah tangganya. Jika suami meninggal, Wanita akan mengambil alih tanggungjawab pemeliharaan anak- anaknya sampai usia yang tertentu, dan mempunyai hak sepenuhnya untuk mengurus keluarga, bahkan dalam hal hubungan keluarga mahupun pemerintahan.Status perempuan tetap demikian kecuali apabila Negara berada dalam pergolakan mahupun peperangan. Namun begitu, perempuan berhak untuk mendapatkan statusnya kembali setelah Negara aman kembali.

Dalam risalah Tunhafah Ahmad as- Sa’id Handusah beliau mengambarkan bahawa semua pahatan dan lukisan memberikan kesan yang besar tentang hubungan keluarga yang kuat. Ada yang mengambarkan tentang kehidupan di dalam rumah, perempuan bekerja di lading bersama suami, atau seluruh keluarga pergi berburu atau berjalan- jalan.Selain itu, gambaran tentang isteri yang sedang menghibur suaminya atau beribadah bersama suaminya.

Kaum Firaun memuja dan menghormati perempuan kerana menganggap bahawa wanita penting dalam meneruskan kelangsungan hidup, pengembang zuriat keturunan, dan penyatuan bangsa.Orang – orang bijak juga mnunjukkan bahawa bangsa Mesir sangat mencintai dan bersikap baik dengan memberikan kehidupan yang bahagia dan menyenangkan. Batah Hatab berkata: “Cintailah dan berbuat baiklah kepada isterimu dan nafkahilah mereka. Minyak dan wangi- wangian adalah ubat bagi tubuh mereka. Bahagiakanlah hati mereka di sepanjang hidupnya. Dia benar lading yang subur bagi suaminya.”

Didalam risalahnya, as –Sayed menulis dalam judul “kewajiban perempuan terhadap suaminya” bahawa perempuan Mesir adalah isteri yang patuh, ibu rumahtangga yang sempurna dan ibu yang ideal. Hal ini bias dilihat dalam berbagai pahatan dan naskah kuno yang ada.Isi naskah tersebut menggambarkan rasa hormat seorang isteri terhadap suaminya dan perasaan bahawa suami adalah tuannya. Dia akan menghias rumah dan suami akan datang pada malam hari dan mendapati isterinya telah siap menuangkan air, membasuh tangannya, dan menyajikan makanan yang disediakan oleh mereka sendiri.

Menurut salasilah keturunan, garis keturunan anak- anak ditentukan melaui jalur ibunya yang amat dihargai oleh seluruh keluarga, walaupun keturunan secara patrilineal juga tersebar luas.Mungkin ini adalah gagasan orsinil tentang keibuan.Walaupun kaum perempuan mempunyai status yang tinggi dalam hal perwarisan dan peluang naik takhta namun keutamaan adalah lebih terhadap kaum lelaki. Hak penaikan untuk naik takhta adalah sekiranya tidak ada ahli waris daripada kalangan laki- laki.Hukum ini dibuat pada 3000 SM. Menurut catatan sejarah, terdapat 5 ratu dan 470 raja dikalangan raja- raja Mesir.

Walaupun drajat adalah tinggi, namun hokum juga mengharuskan perempuan tunduk kepada peraturan- peraturan yang berlaku.Hukuman mentapkan adlah dilarang untuk menyentuh wanita yang sedang dalam nifas. Ia dikurung di tempat yang khusus yang disebut “Hariri”. Selain itu, hubungan seksual di luar nikah dianggap dosa besar dan perempuan yang melakukan hubungan seksual haram itu akan dihukum mati.Pada kenyataanya, hukuman tersebut tidak berlaku adil, kerana perempuan dihukum mati namun begitu kesetiaan terhadap suaminya diragukan.

Status perempuan Mesir dipandang tinggi dalam Peradaban Mesir selama berabad- abad, tetapi mulai memburuk apabila berada di bawah pengaruh peradaban Yunani.Mereka mulai mempercayai bahawa tubuh manusia umumnya dan kaum perempuan khususnya adalah fitnah dan menolak perempuan merupakan kearifan yang agung.Pemikiran Romawi ini tersebar ke Mesir dan merosakkan semua yang sudah sedia wujud dalam masyarakat Mesir


Wednesday, August 12, 2009

Di sebalik namaku?

Najah Atiqah?kenapa dgan nama tu?..hm, nak mula dari mana pun tak tahu.Ha, Dulu2 adalah seorang budak ni, nama dia?tak taulah.sebab banyak sangat namanya..hahaha.Budak ni suka membaca.Mungkin sebab dia pendiam, so dia suka memabacalah.

Suatu hari, budak perempuan ni macam biasalah time orang rehat, pkul 2.15 pm macam tu, dia pun memabawa haluannya sendiri. Kawan- kawan lain pakat- pakat berebut nak membeli makanan kat kantin sekolah,"takut habis makanan kat kantin!" jawapan yang akan diberikan oleh mereka bila ditanya mengapa berpusu- pusu sampai tolak -menolak bila time rehat, tapi budak perempuan yang sorang ni lain sikit.Dia suka duk sorang-sorang n port tetap dia kat Library.Tengah dia belek- punya belek buku- buku yang ada kat Library sekolah rendah tu, dia pun terpaku pada satu buku berwarna biru, dengan halaman muka surat sebanyak 203, tak tebal mana pun, segera dicapainya.NAJAH ATIQAH, oleh Abang Saifuddin Abg. Bohari terbitan DBP.2002

buku tu menarik perhatian budak perempuan ni.NAJAH aTIQAH, nama judul tu yang menarik perhatiannya.Cerita buku tu x lah menarik , bak kata seorang kawan penulis,"buku tu x membosankan ke, lenlah kalau kisah romeo n juliet ke.., best la jugak?"
Entahlah, buku tu berjaya memabawa pengaruh yang besar kepada jiwa budak perempuan tu.Ketabahan, keberanian dan tenang sewaktu menghadapi kecemasan antara perkara yang menjadi pengajaran n motivai pada diri budak perempuan tu.

Najah Atiqah, mengisahkan tentang keberanian seorang gadis remaja yang bercita- cita untuk menjadi juruterbang. Mendapat tentangan daripada keluarganya pada mulanya, namun berkat ketabahan dan kesungguhan, beliau akhirnya berjaya juga menerbangkan kapal terbang Twin Otter.Kesabarannya diuji saat dia berada dalam keadaan panik apabila kapal terbang Twin otter yang ditumpanginya mengalami kerosakan enjin. Najah Atiqah yang cukup berminat menjadi juruterbang cuba menyelamatkan keadaan.Dan akhirnay beliau mampu melakukanya.

Pada 13 hb 2009, seorang kawan baiknya menghulurkan sebuah buku padanya, "hadiah untuk ko"kata seorang sahabat baik penulis, mengembalikan ingatanku pada NAJAH ATIQAH! tERIMA KASIH SAHABAT..

Saturday, August 8, 2009



Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

Sunday, August 2, 2009

KELEMAHAN DAN KEJATUHAN KUASA iSLAM sEPANYOL?




Kedatangan Islam telah membawa satu Tamadun yang cukup tingi. Pengarauh Tamadun Islam mula masuk ke benua Eropah apabila terbentuknya pemerintahan Islam di Afrika Utara. Dari sana, mereka merentasi Lautan Atlantik dan laut Mediterranean hingga sampai ke Andalusia (Sepanyol) dan seterusnya ke Portugal dan selatan Perancis pada abad ke lapan. Sepanyol dan Portugal bolehlah dianggap sebagai "jambatan" yang menghubungkan tamadun Islam dengan negara- negara lain di Eropah. Kaum Pedagang, para intelek, dan tokoh2 Agama Eropah sering berkunjung ke Sepanyol untuk menimba pengetahuan kerana disitu sahajalah tempat terdekat yang mana terdapat institusi pendidikan dan pengajian tinggi.Disitu terdapat pelbagai kemajuan dan ketamadunan seperti wujudnya perpustakaan yang dilengkapi buku- buku ilmiah pelbagai bidang, termasuk sains, matematik, perubatan dan sejarah. Buku2 tersebut adalah hasil karangan tokoh- tokoh Islam.Itu tentang Ketinggian peradaban dan ketamadunan Sepanyol. NAMUN, APAKAH YANG TERJADI KINI?Ketika berada di puncak kegemilangan tidak terfikir pula akan kejatuhannya.Kini genap 500 tahun kejatuhan kuasa Islam di Sepanyol, masyarakat Barat telah menikmati keunggulan tamadun yang dibina di atas pusara tamadun Islam.Kini tamadun tersebut agak sukar untuk di akui sebagai warisan Islam walaupun istana Al- HAMRA dan Masjid QURTUBAH serta beberapa buah bangunan lai peninggalan orang Islam masih berdiri Teguh di Sepanyol.

Terdapat beberapa faktor kejatuhannya..
1. pihak pemerintahan Islam tidak menjadikan Islam sebagai alat penyatuan dikalangan masyarakat atau dasar utama negara.Sebab itu, lahir semangat nasionalisme dikalangan masyarakat Arab, Barbar dan penduduk tempatan berbangagsa Sepanyol hidup berpuak- puak dan berpecah- belah.
2.Islam dianggap sebagai agama ibadat dan tidak dijadikan moto berjihad.Seperti kata Americo Castro, orang Kristian mempercayai bahawa peperangan menentang orang Islam dalah satu tugas suci dan mereka akan mencapai kejayaan dengan pertolongan Tuhan. Semangat ini membawa kepada mereka mencapai reconqusta

3. Perpecahan dari segi aliran pemikiran agama:ketaksuban dan saling mempersendakan fahaman lain.
4. Ketiadaan pengawalan ketat dari kerajaan Pusat terhadap wilayah takluknya.
5. Kelemahan beberpa pemimpin Islam Granada seperti, bu Abdullah, pemimpin terakhirnya.
6. Pepecahan di kalngan kaum keluarga pemerintah Islam Granada. Misalnya, antara Abu Abdullah dengan bapa saudaranya Abu al- Hassan.
7.Penyatuan tentera Kristian Sepanyol, iaitu antara tentera Ferdinand di Castile da Isabella di Aragon, ketika menentang tenteraIslam di Granada.

Oleh itu, sedarlahkita..Umat Islam masa kini.Kerana BENARLAH KATA, SESIAPA YANG MELUPAI SEJARAH , AKAN MENGGULANGINYA SEMULA.kITA MUNGKIN MENGULANGGINYA?nauzubillah! Jika kita tidak menjadikan ia iktibar dan pengajaran..