BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 30, 2009

Influenza ..OH influenza..


Apa itu Influenza?Influenza atau flu adalah sejenis penyakit berjangkit disebabkan oleh virus Influenza.

Terdapat 3 jenis subtype virus influenza iaitu, A, B, C, dan ketiga-tiga ini boleh menjangkiti manusia.Virus Influenza A Paling berbahaya kerana boleh menjangkiti haiwan dan manusia.
Virus Influenza A menjalani mutasi( Perubahan genetik) menghasilkan virus influenza jenis baru yang lebih berbahaya dan boleh mencetuskan wabak epidemik dan pandemik influenza.
Virus influenza tersebar melaui titisan cecair dari mulut dan hidung ketika bercakap, bersin, batuk. Virus ini seterusnya masuk ke dalam badan melaui saluran pernafasan.

Adakah influenza sama dengan selsema? Tidak. Walaupun kedua- duanya mempunyai simptom yang hampir sama. Influnza menyebabkan gejala dan tanda- tanda yang lebih teruk serta boleh menyebabkan komplikasi yang mengancam nyawa.

Situasi semasa influenza Di Mlaysia..
Menurut kajian, jangkitann influenza berlaku di Malaysia sepanjang tahun . Namun bilangannya terus meningkat semasa musim hujan iaitu dari bulan April hingga Jun dan November hingga Januari.


Wednesday, July 29, 2009

syeikh Abdullah al- Maghribi al- ghadamishi

Syeikh Abdullah al- maghribi, mrupakan salah seorang tokoh ulama yang memainkan peranan yang besar dalam mengislahkan masyarakat Islam di Malaya sekitar tahun 1930- an. Beliau berasal daripada Libya, pernah belajar di Hijaz telah menghabiskan sebahagian besar dan perjuangannya di Malaya.

Melaui akhbar Saudara, beliau berjuang dalam bidang pendidikan,pensuratkhabaran, danpenglibatan dengan masyarakat. Kejayaan ini dapat dibuktikan apabila pihak pemerintah british mengambil tindakan terhadap beliau sehingga beliau terpaksa pulang ke Hijaz selepas perang Dunia Kedua tamat , iaitu pada tahun 1946.

Beliau berusaha menyalurkan sumbangan seperti menangani isu pendidikan secara formal kepada perempuan,menyelesaikan salah faham masyarakat dalam bidang akidah dan menambah baik kefahaman mereka tentang hari kebesaran Islam.Perjuangan beliau ini dapat dilihat melalui beliau telah menempah satu kolum khas untuk mempromosikan Madrasah Huda, yang memberikan pendidikan secara formal kepada perempuan.

Beliau juga merupakan tokoh yang berperanan penting dalam persatuan Sahabat Pena Malaya atau PASPAM, yang menggalakkan ali- ahlinya untuk memartabatkan bahasa Melayu dan tulisan Jawi.

Luahan Dari Hati Kami



bukan niatku untuk menunjuk2..tp hanyalah untuk berkongsi kegembiraan tentang apa perasaan seorang GURU apabila anak murid meluahkan perasaan mereka terhadap bekas Gurunya.Ketahuilah gembira tak kepalang, bercampur sedih,tatkala menerima warkah ini...

Ini adalah dapatan yg ku perorolehi sewaktu bergelar seorang"Guru" di salah sebuah sekolah Rendah Agama.Walaupun kini tidak lagi, namun kenangan melihat anak2 didik berjaya dengan cemerlang dlm peperiksaan UPSR, adalah merupakan kebahagian buatku, serta hadiah yg tidak terhingga...

Guru, Kami amat menyanyangimu...
Kaulah tempat kami mengadu
Hanya kau memahami kami
Kaulah satu2nya guru yang rapat dengan kami
Kaulah Insan yang sangat berjasa
kami sedih akan perpisahan ini
tapi apakan daya
takdir telah menentukannya..

Guru,
Belum sempat kami membalas jasamu
iaitu memperoleh 5A dalam UPSR
kau mahu meninggalkan kami
ke Menara Gading
sekarang hanya tinggal kenangan
yang tak dapat kami lupakan
hanya 6 bulan kita bersama
tak puas rasanya mengenalimu
tanggal 29 hb Jun 2007
hari yang bersejarah bagi kami
Guru,
Kau insan yang tabah menghadapi
segala-galanya
kami sangat bangga mempunyai guru sepertimu
kami sangat sayang padamu
kami juga akan merinduimu
kami akan belajar bersungguh-sungguh
untuk mendapat 5A dalam UPSR 2007
nasihatmu kami jadikannya
sebagaipanduan hidup

Guru, semoga kau berjaya
semoga kitabertemu lagi
Kami mohon maaf atas segala- galanya
semoga Allah membalas jasamu
Doakanlah kami berjaya mengikut langkahmu yang
ke Menara Gading
beribu kemaafan diharapkan
sejuta penghargaan ucapkan
we love you forever



Wednesday, July 15, 2009

Mutiara Kata..

"Tidak lurus (Istiqomah) iman seseorang hamba itu sehinga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya"
(riwayat Ahmad)

Huraian:
1. Maksud istiqomah ialah tetap teguh di atas jalan yang betul lurus yang membawa keredhaan Allah SwT.

2. Dasar Istiqomah adalah Istiqomah hati diatas tauhid.Apabila hati kepada Allah, dalam erti kata lain takut, cinta, twakkal, mengagungkan Allah, maka seluruh anggota tubuh akan taat kepadanya.

3. Anggota terpenting selepas hati yang mesti diberi perhatian serius agar beristiqomah adalah lidah.Ini kerana ia mengambarkan pemikiran seseorang..

Monday, July 13, 2009

6 Tips bersahabat kerana Allah..


Dlm kehidupn kita, sahabat antara org yg pling rapat dgn kita.Sahabat adalah tempat kita bertukar2 pendapat.Dalam hubungan persahabatan,bukan kita sahaja yg memeerlukn sahabat yg positif ini.Sahabat kita juga memerlukan kita menjadi sahabat yg positif juga.

Sifat sahabat yg positif ini dlm byngan mukmin disebut oleh Rasulullah sbg perumpamaan mukmin yang berkasih sayang seperti tubuh badan, jika sakit salah satunya, maka sakitlah keseluruhannya.

1. Berlaku baik terhadap diri dan orang lain.
2. fahami bahawa setiap kelebihan adalah rezeki Allah
3.Timbulkan rasa malu untuk berkelakuan kurang elok di hadapan rakan
4.Bentuk jiwa perahabatan mukmin kerana Allah
5.memberi pandangan yg baik
6.Berilah nasihat yg baik yg datang dari hati.