BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 12, 2009

Di sebalik namaku?

Najah Atiqah?kenapa dgan nama tu?..hm, nak mula dari mana pun tak tahu.Ha, Dulu2 adalah seorang budak ni, nama dia?tak taulah.sebab banyak sangat namanya..hahaha.Budak ni suka membaca.Mungkin sebab dia pendiam, so dia suka memabacalah.

Suatu hari, budak perempuan ni macam biasalah time orang rehat, pkul 2.15 pm macam tu, dia pun memabawa haluannya sendiri. Kawan- kawan lain pakat- pakat berebut nak membeli makanan kat kantin sekolah,"takut habis makanan kat kantin!" jawapan yang akan diberikan oleh mereka bila ditanya mengapa berpusu- pusu sampai tolak -menolak bila time rehat, tapi budak perempuan yang sorang ni lain sikit.Dia suka duk sorang-sorang n port tetap dia kat Library.Tengah dia belek- punya belek buku- buku yang ada kat Library sekolah rendah tu, dia pun terpaku pada satu buku berwarna biru, dengan halaman muka surat sebanyak 203, tak tebal mana pun, segera dicapainya.NAJAH ATIQAH, oleh Abang Saifuddin Abg. Bohari terbitan DBP.2002

buku tu menarik perhatian budak perempuan ni.NAJAH aTIQAH, nama judul tu yang menarik perhatiannya.Cerita buku tu x lah menarik , bak kata seorang kawan penulis,"buku tu x membosankan ke, lenlah kalau kisah romeo n juliet ke.., best la jugak?"
Entahlah, buku tu berjaya memabawa pengaruh yang besar kepada jiwa budak perempuan tu.Ketabahan, keberanian dan tenang sewaktu menghadapi kecemasan antara perkara yang menjadi pengajaran n motivai pada diri budak perempuan tu.

Najah Atiqah, mengisahkan tentang keberanian seorang gadis remaja yang bercita- cita untuk menjadi juruterbang. Mendapat tentangan daripada keluarganya pada mulanya, namun berkat ketabahan dan kesungguhan, beliau akhirnya berjaya juga menerbangkan kapal terbang Twin Otter.Kesabarannya diuji saat dia berada dalam keadaan panik apabila kapal terbang Twin otter yang ditumpanginya mengalami kerosakan enjin. Najah Atiqah yang cukup berminat menjadi juruterbang cuba menyelamatkan keadaan.Dan akhirnay beliau mampu melakukanya.

Pada 13 hb 2009, seorang kawan baiknya menghulurkan sebuah buku padanya, "hadiah untuk ko"kata seorang sahabat baik penulis, mengembalikan ingatanku pada NAJAH ATIQAH! tERIMA KASIH SAHABAT..

1 comments:

tulip putih said...

haha...naper tak tulis nama orang yg beri tu sekali?? hehe boleh takabur +riak..just kidding..
same2 kasih my friend..hopefully that name alwiz inspired u to be like najah atiqah,sabar,tabah n tenang..