BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 4, 2010

Masyarakat Bosnia adalah terdiri daripada rumpun Slav yang berhijrah ke Semenanjung Balkan pada abad ke-7 Masihi. Di bahagian utara barat Bonia Herzegovina adalah sempadan dengan Crotia, bahagian Selatan dan Timur adalah sempadan dengan Serbia yang juga daripada rumpun Slav yang sama . Masyarakat Slav di Semenanjung Balkan adalah Slav Selatan dan mereka adalah satu daripada komponen Slav di eropah Timur merujuk bangsa Slav Timur iaitu, Rusia dan Ukrainian dan Slav Barat yang terdiri daripada Poland dan Czecholovakia . Masyarakat Slav Selatan terletak dikawasan tersebut sejak abad ke-6 A.D. Crotia berada dibawah kekuasaan empayar Rom dan Serbia pula terletak dibawah kekuasaan empayar Byzantine, dan ini menyebabkan Bosnia berada dalam kedudukan lompang antara dua kuasa tersebut. Pada abad ke-12, ia berada di bawah kekuasaan kerajaan Austria Hugary dan kemudiannya bertukar-tukar penguasaan iaitu Venice, Serbia dan Crotia . Mula berada dibawah jajahan kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1463 ekoran berlakunya perluasan kuasa kerajaan Uthmaniyyah di Semenanjung Balkan selepas kekalahan tentera Serbia ketangan tentera kerajaan Uthmaniyyah dalam Perang Kosovo. Perang ini dikenali sebagai Kosovo sempena nama tempat berlakunya pertempuran antara tentera Turki Uthmaniyyah dengan tentera Serbia di Kosovo yang meletus pada tahun 1389. Penaklukan ini menandakan era pemerintahan kerajaan Islam di Bosnia Hezegovina. Sistem pentadbiran kerajaan Uthmaniyah ini berjalan selama 412 tahun sehinggalah pada 1875 apabila berlakunya pemberontakan terhadap kerajaan Uthmaniyyah di Bosnia oleh orang-orang kristian yang menentang pemerintahan Uthmaniyah di Bosnia-Hezergovina.Pemberontakan tersebut mendapat sokongan daripada Serbia. Manakala, pada 1876 pula berlaku pula pemberontakkan di Bulgaria yang dilancarkan bagi mencetuskan ketegangan kepada Uthmaniyah di Balkan. Namun begitu, pemberontakan tersebut dapat ditangani dan ini menyebabkan kuasa-kuasa kecil ini memusuhi dan menentang pentadbiran kerajaaan Uthmaniyah.Masalah dalaman empayar Kerjaan Uthmaniyyah ini sentiasa menarik perhatian kuasa-kuasa besar Eropah dan mendapat reaksi kuasa-kuasa eropah untuk campurtangan di Bosnia walaupun hakikatnya penglibatan kuasa-kuasa besar dalam masalah dalaman kerajaan Uthmaniyah tidak memabantu menyelesaikan masalah, malah semakin memburukkan keadaan, seperti konflik yang berlaku di Bosnia-Hezergovina pada tahun 1875-1876.


2.0 LATAR BELAKANG KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH
Sebelum Kedatangan Kerajaan Uthmaniyyah, Bosnia di perintah oleh beberapa kerajaan Kristian katolik dan ortodoks. Contohnya, Kerajaan Byzantine, Hungary dan Serbia. Perbezaan mazhab dikalangan kerajaan yang memerintah telah mewujudkan lagi dua aliran penganut agama iaitu katolik, ortodoks dan Bagomil. Pada tahun 1463, peperangan telah meletus yang mana orang-orang Krisian telah memberikan bantuan kepada tentera Islam kerajaan Uthmaniyah untuk menakluki Bosnia Hezergovina. Pertolongan mereka ini adalah disebabkan orang-orang Kristian yang menganuti ajaran Bogomil telah ditindas oleh golongan gereja kerana orang-orang kristian Bogomil ini dikatakan menganuti ajaran sesat. Ajaran Kristian Bagomil ini dianuti oleh sebilangan besar penduduk di Bosnia dan mempunyai banyak persamaan dengan ajaran Islam. Misalnya, hal-hal yang berkaitan dengan kewujudan satu pencipta, Adam sebagai hamba yang diciptakan, nafikan Isa sebagai anak Tuhan dan tidak ada unsur-unsur magis di dalam elemen–elemen keagamaan. Hal ini membolehkan mereka tertarik dengan Islam sebab mereka mempunyai pengetahuan tentang Islam sejak abad ke-10 melalui orang–orang Turki yang berkhidmat dengan kerajaan Hungary. Walaubagaimanapun, penindasan dan paksaan untuk menganuti agama kristian katolik oleh kerajaan Hungary telah menghalang perkembangan agama-agama lain di Bosnia Hezegovina . Oleh itu, masyarakat Kristian di Bosnia telah menyambut baik kedatangan orang muslim di sana. Ini mewujudkan satu identiti baru kepada rakyat Bosnia yang sebelum ini terdiri daripada pecahan-pecahan suku bangsa dan agama dengan identiti “bangsa Islam”.

Dari sudut sistem pemerintahan, sewaktu Bosnia Hezergovina di bawah pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniah adalah adanya Gabenor yang berperanan sebagai pentadbir wilayah dengan arahan daripada Kerajaan Pusat di Konstanian. Di peringkat negeri pula, kuasa pentadbiran adalah ditangan Gabenor dengan dibantu oleh badan kerajan iaitu Majlis. Ahli-ahli Majlis ini terdiri daripada golongan Islam dan Kristian. Namun begitu, bilangan golongan Kristian ini adalah kecil, iaitu dengan nisbah 10 orang Muslim dengan 2 orang Kristian. Ahli-ahli Majlis ini mempunyai pengaruh dan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat.Selain daripada itu, sistem feudal tetap terus diamalkan selagi tidak bertentangan sehingga tahun 1850, iaitu disebabkan wujdnya pemberontakan kaum petani Kristian terhadap tuan-tuan tanah di Bosnia dan sistem untuk member tanah kepada pahlawan turut terhapus. Selepas itu, ia diganti pula dengan sistem cukai berpusat yang lebih tolak ansur. Rakyat akan membayar cukai sebanyak 1/10 daripada pendapatan yang dibayar kepada kerajaan.

Dari segi sosial pula, layanan yang sama diberikan kepada semua rakyat. Misalnya undang-undang kerajaaan membenarkan seua rakyat bebas memiliki tanah, tetapi muslim memiliki tanah yang lebih .Ini kerana, orang-orang Kristian lebih berminat dalam perdagangan dan pertanian berbanding untuk memiliki tanah. Selain itu, pemilihan sistem ktenteraan . Semua yang beruur 18-35 tahun wajib untuk menyertai ketenteraan. Namun begitu, rakyat berhak untuk menarik diri dengan syarat mereka hendaklah membayar cukai pelepasan tentera kepada kerajaaan. Didapati, ramai orang Kristian lebih gemar membayar jizyah daripada menyertai angkatan tentera kerajaan.Sistem sosial kerajaan Uthamniyah yang lebih menghormati agama-agama lain menyebabkan salah satu faktor mengapa kerajaan Islam Uhtmaniyah diterima di dalam Bosnia Hezegorvina. Agama-agama lain bebas menjalankan aktiviti-aktviti keagamaaan. Antara agama-agama yang dianuti adalah seperti Islam, Kristian, Katolik, Kristian ortodoks dan Jews. Kerajaan Uthmaniyah memberikan kebebasan untuk menjalankan aktiviti beragama mereka, malah turut menyediakan peruntukan bagi membina dan membaiki gereja dengan kebenaran pihak kerajaan. Oleh sebab itu, orang-orang Kristian Katolik lebih rela berada dibawah penguasaan kerajaan Uthmaniyah berbanding penguasaan kerajaan Serbia. Hal ini kerana, ketika mereka dibawah kekuasaan Serbia, pengikut-pengikut Katolik telah ditindas oleh pemerintahan Serbia.

Undang-undang yang dijalankan di dalam pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyah di Bosnia-Hezegovina adalah berteraskan kepada ajaran Al-Quran.Ulama pula merupakan golongan yang dihormati dan mempunyai kedudukan yang tinggi dan berpengaruh besar dalam bidang kehakiman . Jawatan Mufti pula adalah sebagai pembuat keputusan di mahkamah, namun begitu, golongan ulama mnjadi pakar rujuk untuk semua kes yang dibicarakan di mahkamah. Ini kerana, golongan ulama mempunyai pengetahuan yang luas tentang Al- Quran. Oleh itu, segala fatwa yang dikeluarkan oleh ulama akan digunakan semasa membuat kepuusan di mahkamah.

Kerajaan Uthmaniyah telah melaksanakan reormasi Dikri Hatti Humayun pada tahun 1856 diseluruh empayarnya. Antara yang dilakukan adalah mengubah sistem perundangan di Bosnia-Hezergovina yang berbentuk tribunal campuran . Namun begitu, sistem ini tidak dapat diterima dan dilaksanakan di Bosnia-Hezergovina dengan sepenuhnya dalam mahkamah kerana bertentangan dengan sistem perundangan yang berteraskan al- Quran yang menjadi dasar sistem perundangan kerajaan Uthmaniyah.Reformasi tersebut juga bertujuan untuk membawa kemajuan dalam bidang pentadbiran dan ekonomi, disamping mengembalikan imej kerajaan Uthmainyah sebagai salah satu kuasa yang berpengaruh di Eropah.

Usaha-usaha tersebut bagaimanapun tidak berjaya memulihkan keadaan di Bosnia-Hezergovina. Malah, menyebabkan berlakunya pula pemberontakan di Bosnia-Hezergovina yang dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran kerajaan Uthmaniyah . Pada hakikatnya, ia bukan disebabkan kelemahan dasar atau reformasi kerajaan itu, tetapi disebabkan oleh pelbagai faktor luaran yang telah mengagalkan usaha kerajaan Uthmaniyah ini.Faktor-tersebbut dapatlah dibahagikan kepada dua iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.
3.0 Faktor-Faktor Konflik Bosnia Hezegovina 1875-1878
Pemberontakan di Bosnia-Hezergovina yang meletus pada tahun 1875 dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran kerajaan Uthmaniyah.Orang Kristian yang terlibat dalam pemberontakan tersebut menganggap diri mereka ditindas kerana hak mereka tidak sama dengan orang Islam dari pelbagai segi . Undang-undang Islam atau hukum Islam dikatakan tidak sesuai diaplikasikan kepada orang Kristian. Isu-isu ini adalah ditimbulkan atas rasa tidak puas hati mereka berkenaan pentadbiran kerajaan Uthmaniyah dan menjadi fatktor-faktor dalaman terhadap konflik Bosnia-Hezergovina pada tahun 1875-1878.

3.1 Faktor Dalaman, Kelemahan Pentadbiran Uthmaniyah

3.11 Isu Percukaian
Orang kristian tidak berpuas hati dengan sistem pungutan cukai yang dilaksanakan oleh kerajaan Bosnia-Hezegovina yang dikatakan membebankan mereka . Ketidakpuasan hati mereka ini adalah pada dasarnya adalah kerana ketidakpuasan hati mereka pengutip cukai yang dihantar oleh kerajaan tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah, iaitu tidak membuat pngukuran yang adil. Keadaan ini menyebabkan penduduk terpaksa membayar cukai dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar yang sepatutnya seperti yang terkandung dalam undang-undang.

Selain itu, cukai pertanian yang dibayar kepada kerajaan pula oleh petani-petani adalah dianggap menindas orang-orang kristian . Ini merana kebanyakan golongan petani ini adalah terdiri daripada orang-orang Kristian.Mereka juga mendakwa terpaksa mebayar cukai yang tinggi kepada tuan-tuan tanah yang mereka usahakan. Oleh itu, mereka meminta agar kerajaan memansuhkan segala pungutan cukai terhadap ternakan dan tanaman .Isu pungutan cukai didakwa sebagai isu utama yang mencetuskan perasaan dendam orang Kritian terhadap kerajaan Uthmaniyah.

Namun begitu, taraf hidup petani Kristian di Bosnia-Hezergovina jauh lebih baik dan selesa pada tahun 1876 berbanding dengan kehidupan mereka 20 tahun lalu sebelumnya . Hal ini kerana undang-undang turut membenarkan mereka membeli dan memilki tanah . Selain dari itu, tuan-tuan tanah turut memberi kelonggaran kepada para petani agar dapat menikmati hasil tanah yang mereka usahakan. Kesedaran Tuan-tuan tanah tentang kepentingan kaum petani kepada mereka menyebabkan mereka prihatin dalam memberi kelonggaran tersebut. Ini kerana, mereka sedar jika memusnahkan kaum petani, maka secara tidak langsung turut memusnahkan diri mereka sendiri kerana pendapatan mereka diperoleh daripada tanah yang diusahakan oleh petani-petani ini .

Perasaan tidak puas hati orang Kristian juga adalah disebabkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pemungut cukai. Pemungut cukai ini tidak menjalankan tangungjawab dengan baik, malah mereka tidak mematuhi peraturan yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa. Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa pada dasarnya mereka tidak mempunyai masalah tentang jumlah cukai yang ditetapkan, tetapi masalah tersebut adalah disebabkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pemungut cukai yang dilantik oleh pihak kerajaaan.

3.12 Isu Pemilikan Senjata
Di Bosnia-Hezergovina, orang Kristian tidak dibenarkan memiliki senjata sepertimana orang Islam. Mereka menuntut kerajaan berlaku adil, iaitu membenarkan mereka memiliki senjata ataupun melarang orang Islam memiliki senjata.Undang-undang tersebu telah dipraktikkan sejak kerajaan Uthmaniyah memerintah Bosnia Hezergovina , iaitu lebih 412 tahun yang lampau sebelum tercetusnya pemberontakan. Orang Islam telah lama memiliki senjata dan ia adalah amalan tradisi atau budaya orang Islam di Bosnia-Hezergovina untuk memiliki senjata. Selain itu, menurut hukum Syariah, orang Kristain juga dibebaskan daripada tanggungjawab memikul senjata atau berperang tetapi perlu membayar cukai jizyah.

Mereka menuntut agar orang Islam supaya tidak memiliki senjata, namun pada masa yang sama mereka pula yang mahu memiliki senjata. Ini kerana mereka turut menyimpan cita-cita untuk memiliki senjata kerana didorong oleh kejayaan yang dicapai dalam pemberontakan Greek (1830) dan Serbia (1862) yang menentang kerajaan Uthmaniyah . Disebabkan tuntutan mereka untuk memiliki senjata ini tdak dilayan, maka menjadikan isu ini sebagai faktor-faktor pembeontakan.

3.13 Pentadbiran Ketenteraaan
Orang Kristian di Bosnia-Hezergovina enggan membayar cukai pengecualian ketenteraan. Undang-undang ketenteraan Islam ini dianggap membebankan orang Kristian yang terpaksa membayar cukai tersebut berbanding dengan orang-orang Islam yang dapat menceburi bidang ketenteraaan. Mereka menganggap bahawa mereka tidak diberi hak yang sama seperi orang Islam.

Jika dilihat dari segi undang-undang ketenteraan Islam, sememangnya orang Kristian tidak dibenarkan unuk berkhidmat dalam ketenteraan, kerana ia akan mengundang bahaya kepada sesebuah kerajaan Islam. Namun begitu, apa yang diamalkan oleh kerajaaan Uthmaniyah pula adalah membenarkan rakyatnya tanpa mengira agama untuk terlibat dalam bidang ketenteraan. Dengan kata lain, kerajaan Uthmaniyah memberi layanan yang sama rata dalam bidang ketenteraan . Kerajaan Uthmaniyah menetapkan undang-undang bahawa penganut Kristian atau Islam yang cukup syarat wajib menyertai bidang ketenteraan. Pengecualian diberikan dengan rakyat membayar cukai pengecualian. Di Bosnia Hezergovina, orang-orang Islam lebih ramai yang terlibat dalam bidang ketenteraan kerana mereka merasakan bahawa ia adalah satu jihad untuk mempertahankan negara , manakala orang Kristian pula lebih suka membayar cukai pengecualian, dan merupakan pembayar cukai tentera yang tertinggi di Bosnia. Atas sebab ketidakpuasan hati ini, orang-orang Kristian menjadikan ia satu isu yang menunjukkan ketidakadilan kerajaan Uthmaniyah terhadap mereka.

3.14 Sistem Kehakiman dan Perundangan
Sistem kehakiman dan perundangan yang digunakan alam sistem kehakiman dan perundangan di Bosnia-Hezergovina adalah berdasarkan sistem Islam atau menurut hukum syarak. Oleh itu, orang-orang Kristan menggunakan isu ini sebagai faktor penyebab kepada pemberontakan mereka.Sistem perundangan dan kehakiman dianggap menindas orang Kristian kerana mereka dilarang mengemukakan bukti di mahkamah. Kerajaan Uthmaniyah juga dikatakan tidak melaksanakan sistem kehakiman dan perundangan seperti yang termaktub dalam Dikri Hatti Humayun . Walaupun wujudnya dikri ini ia dikatakan yang terbaik kepada kedua-dua belah pihak, iaitu orang Islam dan kristian, namun ia sebenarnya telah menimbulkan masalah kerana ia merupakan satu sistem baru yang merupakan mixed tribunal yang mengabungkan undang-undag Islam dan Kristian. Ini sudah tentu tidak dapat dilaksanakan kerana undang-undang Barat tidak sesuai diamalkan dibawah sebuah kerajaan Islam yang menjadikan al-Quran sebagai panduan.

Selain itu, didalam sistem perundangan dan kehakiman Islam, jawatan Mufti adalah penting dan mempunyai kedudukan yang mulia dan besar dalam membuat keputusan di mahkamah. Hakim perlu merujuk kepada Mufti terlebih dahulu untuk membuat keputusan, sedangkan menurut perundangan dan kehakiman barat pula peranan tersebut diletakkan dibawah bidangkuasa Hakim.. Selain itu, terdapat banyak percanggahan pendapat antara undang-undang Islam dan Barat.Hal ini dapat dilihat apabila dalam undang-undang Barat riba dibenarkan dalam pinjaman dan perniagaan sedangkan undang-undang Islam mengharamkan riba. Oleh itu, undang-undang Eropah tidak sesuai dilaksanakan di Bosnia Hezergovina.


3.15 Perwakilan Muslim dan Kristian dalam Majlis
Orang-orang Kristian menimbulkan isu bahawa perwakilan daripada orang Kristian dalam Majlis Kerajaan Negeri adalah tidak adil . Ini kerana, mereka menyatakan bahawa orang-orang Kristian yang menganggotai jawatan dalam Majlis adalah tidak sama. Bilangan mereka adalah dengan nisbah dua orang kristian dengan sepuluh orang Islam. Oleh itu, mereka meminta supaya kerajaan menyamaratakan jumlah perwakilan Muslim dan Kristian agar nasib orang Kristian lebih terjamin.

Hal ini, sebenarnya tidaklah berpunca daripada ketidak adilan kerajaan, tetapi pada asasnya mereka pernah dinasihatkan untuk mengambil bahagian supaya dapat mewakili orang-orang Kristian. Namun begitu, mereka tidak menyuarakan pendapat mereka dalam Majlis walaupun mereka daripada golongan terpelajar. Mereka juga turut menolak tawaran menduduki Majlis Kerajaan di Monastir .Golongan Kristian ini pada hakikatnya hanya menjadikan isu ini sebagai alasan untuk melakukan pemberontakan sedangkan pada hakikatnya mereka tidak menggunakan hak yang diberikan kepada mereka dan hanya menjaga kepentingan sendiri.

3.2Faktor Luaran

3.21 Peranan Serbia
Peranan Serbia merupakan ciri sebenar atau faktor utama yang telah mencetuskan konflik di Bosnia-Hezergovina pada 1875-1878. Ini adalah kerana akibat permusuhan dan dendam Serbia kepada kerajaan Uthmaniyah akibat kekalahan dalam Perang Kosovo pada abad ke-14. Justeru itu, Serbia berniat untuk menyatukan Bosnia –Hezergovina , memandangkan kepentingan Bosnia yang mempunyai persamaan dari segi etnografi, pertalian darah dan ekonomi dan Serbia juga merupakan jiran terdekat Bosnia di Semenanjung Balkan, dan ini menjadikan ia bercita-cita untuk membentuk Sebia Raya dibawah empayar Serbia. Pembentukan Serbia Raya menjadi sukar tanpa Bosnia-Hezergovina. Ini kerana masyarakat Bosnia-Hezergovina terdiri daripada rumpun slav yang sama, bertutur bahasa dan mengamalkan ajaran kristian ortodoks seperti Serbia. Penyatuan ini membolehkan mereka terikat sebagai satu bangsa dan agama.

Bosnia-Hezergovina juga mempunyai kepentingan kepada Serbia kerana dari segi ekonomi. Melalui Bosnia, Serbia dapat memperoleh laluan keluar ke Laut Adriatik, iaitu salah satu laluan strategik yang penting dalam pertahanan dan perdagangan antarabangsa.Atas faktor-faktor inilah, Serbia berusaha untuk melibatkan diri dalam pemberontakan di Bosnia-Hezegovina. Serbia tidak pernah putus asa untuk terus menimbulkan huru-hara pada tahun 1875-1878.Pada tahun 1875, mereka menghasut masyarakat Kristian Bosnia menentang kerajaan Uthmaniah.

Sebelum meletusnya pemberontakan di Bosnia-Hezergovina pada tahun 1875, para penyokong pemberontak Serbia sering berulang-alik dari Serbia ke wilayah Bosnia-Hezergovina seperti di Wichgard dan Zwornick dan juga di sempadannya di Novi Bazar.Mereka telah cuba membawa masuk senjata dan tentera ke Sarajevo untuk mencetuskan rusuhan tetapi tindakan Serbia ini berjaya dihalang oleh kerajaan Uthmaniyah di Bosnia-Hezergovina. . Namu begitu, mereka tidak berputus asa. Seterusnya mereka telah menghasut masyarakat Kristian di Bosnia-Hezergovina untuk menentang kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1875 iaitu dengan membangkitkan isu-isu yang menunjukkan bahawa masyarakat Kristian ditindas dibawah pentadbiran kerajaan Uthmaniyah.
Golongan pemberotakan turut menimbulkan kekacauan seperti melakukan perbuatan keji, umpamanya melakukan rompakan dan pergaduhan dengan orang Islam agar mereka mendapat tindak balas daripada tentera Islam untuk terlibat dalam konflik yang dicetuskan oleh mereka.

Serbia juga berperanan sebagai agen kepada Rusia dalam propaganda Pan Slav di Semenanjung Balkan termasuk di Bosnia-Hezergovina. Propaganda ini giat dilaksanakan oleh Serbia yang meyeru supaya semua orang kristian memberontak terhadap kerajaan Uthmaniyah.Serbia juga mengatur pertubuhan-pertubuhan sulit secara rahsia dalam kalangan penganut Kristian Ortodoks untuk menentang kerajaan Uthmainyah.Untuk itu, Serbia dengan bantuan dan sokongan Rusia melakukan pelbagai rancangan untuk melancarkan pemberontakan ke atas kerajaan Uthmaniyah.Serbia menggunakan akhbar-akhbar di Serbia untuk menyebarkan berita-berita palsu mengenai penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Uthmaniyah terhadap orang Kristian di Bosnia Hezergovina. Mereka menuduh bahawa orang-orang Bosnia-Hezergovina ini telah menuntut hak autonomi ke atas Bosnia-Hezergovina. Tujuan mereka adalah kuasa-kuasa besar akan mendengar permasalahan di Bosnia-Hezergovina dan bersetuju menyerahkan Bosnia-Hezergovina ini kepada mereka.Namun begitu, hakikatnya apa yang dilaporkan di dalam akhbar-akhbar tersebut adalah tidak benar tentang hal tersebut. Rakyat Bosnia-hezergovina mahukan pentadbiran yang lebih baik pada masa akan datang. Justeru itu, nyatalah bahawa rakyat-rakyat Bosnia-Hezergovina ini telah dipaksa oleh pemberontak-pemberontak Serbia untukmenuntut autonomi daripada kerajaan Uthmaniyah.

Serbia menyokong kuat terhadap pemberontakan tersebut.Mereka menjadi pembekal bantuan senjata kepada pemberontak-pemberontak di Bosnia-Hezergovina. Sebahagian pemberontak juga adalah terdiri daripada pengganas Serbia, Montenegro dan Dalmatia.Mereka juga turut memberi sokongan moral dengan menaikkan seangat pemberontak-pemberontak ini dengan laporan palsu bahawa mereka hampir mencapai kejayaan dalam usaha menentang kerajaan Uthmaniyah ini. Pemberontak-pemberontak ini juga ditanamkan semangat bahawa Rusia, dan parti-parti persendirian di Serbia adalah saudara Kristian mereka yang akan membantu menjayakan pemberontakan tersebut. Antara yang dilakukan oleh Serbia adalah menghantar seramai 40 orang tentera pada tahun 1875 yang dibekalkan dengan senjata dan ubat-ubatan untuk membantu pemberontak-pemberontak menentang kerajaan, dan lima orang pegawai tentera Serbia untuk melatih pemberontak-pemberontak. Keadaan inilah menyebabkan jumlah orang Serbia bertambah ramai di Bosnia-Hezergovina, iaitu pada bulan September 1875, seramai 10,000 . Selain itu mereka turut menghasut orang-orang kaya turut menyertai mereka menunjuk perasaan di Grahovo. Taktik yang digunakan adalah dengan membakar rumah-rumah agar orang ramai tidak mempunyai pilihan selain daripada mengikut kegiatan tunjuk perasaan tersebut. Keadaan kritikal berlaku sehinggalah akhirnya menyebabkan pemberontakan ini bertukar menjadi peperangan antara orang Kristian Slav dengan kerajaan Uthmaniyah.Namun begitu, keadaan ini aman dalam tempoh masa yang tertentu setelah nasihat daripada kuasa-kuasa besar agar keamanan dipulihkan semula.Hakikatnya, dalam tempoh masa tersebut pula, Serbia membuat persiapan untuk melancarkan peperangan terhadap kerajaan Uthmaniyah. Jelaslah disini bahawa Serbia memainkan peranan yang penting dalam konflik di Bosnia-Hezergovina dalam mencetuskan kebangkitan dalam kerajaan Uthmaniyah.

3.22 Peranan Rusia dalam Pemberontakan di Bosnia-Hezergovina
Persaingan kuasa-kuasa besar memburukkan lagi konflik di Bosnia-Hezergovina. Kuasa-kuasa seperti Rusia yang mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu.Rusia yang berminat untuk mendapatkan dua selat iaitu selat Dardanelles dan selat Bosphorus di Laut Hitam dari segi pertahanan dan perdagangan Rusia. Penutupan dua selat pada tahun 1856 oleh kerajaan Uthmaniyah akibat kekalahannya dalam perang Crimea , membawa kelemahan kepada Rusia. Oleh itu, untuk mencapai cita-citanya Rusia meletakkan pengaruhnya keatas negeri-negeri di Semenanjung Balkan supaya memberi tekanan kepada kerajaan Uthmaniyah supaya tunduk kepada tuntutan terhadap dua selat tersebut. Rusia mengambil kesempatan mengesploitasi masalah yang wujud dalam konflik di Bosnia-Hezergovina ini dan menggunakan Serbia untuk menuntut bela keatas bangsa Serb di Bosnia dan menjayakan aspirasi Serbia-Raya.

Rusia menjadi penaung kepada propaganda Pan-Slav dan Pan–Serb oleh Serbia. Rusia mengharapkan campurtangan di Bosnia-Hezergovina ini ia dianggap sebagai pembela agama Kristian dan ini sekaligus dapat mengukuhkan pengaruhnya dikalangan bangsa Slav. Melalui agen-agennya, Rusia menyampaikan khutbah yang dapat memainkan peranan menaikkan semangat orang Kristian di Bosnia- Hezergovina agar meneruskan usaha menetang kerajaan Uthmaniyah serta menyeru supaya orang Kristian bangun memperjuangkan penyatuan dan kebebasan bangsa Slav.

Rusia juga menjadi penasihat kepada gerakan pemberontakan tersebut.Semasa tercetusnya pemberontakan di Bosnia Hezergovina, wakil-wakil daripada kerajaan Inggeris dan Perancis cuba membawa misi keamanan untuk berjumpa dengan pemberontak.Namun begitu pemberontak-pemberontak tidak ingin mengulas lanjut sehingga mereka mendapat kebenaran dan nasihat Rusia untuk bertindak. Bagi pemberontak, perjuangan mereka disebabkan oleh inspirasi daripada Ruia. Para pemberontak melihat Rusia sebagai penyelamat kepada bangsa Slav dan orang Kristian di Semenanjung Balkan .

Rusia juga mengeluarkan arahan kepada pemberontak untuk meneruskan pemberontakan terhadap kerajaan Uthmaniyah, walaupun pemberontak dalam keadaan tidak bermaya.Melalui satu perjumpaan dengan antara wakil kerajaan Bitain iaitu Sir Consul Holmes dengan pemberontak, didapati bahawa ramai pemberontak yang mengalami kecederaan parah tetapi masih meneruskan pemberontakan menentang kerajaan, walaupun Sultan memberi jaminan untuk membuat reformasi dalam bidang pentadbiran di Bosnia-Hezergovina.Pemberontak menegaskan bahawa mereka disuruh oleh Rusia supaya meneruskan penentangan keatas Uthmaniyah sehingga Rusia mengeluarkan arahan supaya meletakkan senjata. .Tenyata ia jelas menunjukkan bahawa Rusia yang mengesploitasi pemberontakan mellaui propaganda Pan-Slav ini.

Rusia menggunakan Serbia sebagai alat untuk menekan kerajaan Uthmaniyah. Antara pengaruh Rusia yang kuat terhadap Serbia adalah meminta supaya pmberontak Serbia meneruskan desakan kepada Uthmaniyah unuk membuat reformasi pentadbiran di Bosnia-Hezergovina.

Rusia juga menggerakkan peperangan diantara kerajaan Uthmaniyah dengan Serbia pada masa yang sama.Walaupun Rusia mengetahui bahawa kelengkapan tentera kerajaan Uthmaniyah lebih baik berbanding Serbia, Rusia mempergunakan Serbia untuk menekan dan menghancurkan empayar Uthmaniyah dengan kebangkitan bagngsa Slav. Rusia berjanji akan menyerahkan sebahagian daripada Bosnia kepada Serbia sebagai ganjaran. Rusia sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk membantu pemberontak. Justeru itu, atas restu Rusia, Serbia melancarkan perang keatas kerajaan Uthhmaniyah.Fakta-fakta lain seperti Rusia mengambilkesempatan terhadap pemberontakan adalah pada peringkat awal kekacauan di Bosnia pada 1875, kerajaan Austria mengambil keputusan untuk menutup sempadannya yang merupakan laluan ulang-alik kepada pemberontak agar keamanan dapat dipulihkan, manakala dipihak kerajaan Uthmaniah juga bersetuju untuk menghantar tentera untuk memlihkan keadaan, tetapi Rusia tidak bersetuju dengan strategi tersebut dengan mengatakan ia adalah tindakan yang terburu-buru. Ini jelas menunjukkan sikap Rusia yang tidak membantah pemberontakan tersebut, sebaliknya Rusia yakin kekacauan yang timbul tidak apat dikawal lalu akan menyebabkan kerajaan Uthmaniah terpaksa tunduk dengan tuntutannya.

3.23 Peranan Gereja Katolik
Orang Kristian mempunyai sikap benci dan prejudis terhadap orang Islam yang mmerintah negara-negara Kristian selama hampir 412 tahun.Perasaan iri hati tersebut menyebabkan gereja Katolik di Bosnia-Hezergovina turut memainkan peranan penting dalam pemberontakan tersebut.

Paderi Kristian ini mendakwa kerajaan Uthmaniah tidak memberi layanan yang adil terhadap orang Kristian di Bosnia Hezergovina dan justeru itu, mereka pernah mendesak agar kuasa-kuasa besar ini campur tangan bagi membenarka mereka berkumpul dan mendapat layanan yang baik dari segi pentadbiran daripada kerajaan Uthmaniyah.Golongan paderi mengunakan pengaruh mereka untuk mendapat sokongan daripada orang Kristian bagi membalas dendam trhadap orang Islam. Misalnya pada bulan Julai 1875, seorang paderi Katolik, Fra Lorenzo mati dibunuh . Para pengikut Kristian Katolik telah menuduh pembunuhan itu dilakukan oleh orang Islam, sedangkan menurut siasatan, pembunuh sebenar adalah mungkin terdiri daripada kumpulan pemberontak. Perkara ini adalah disebabkan paderi tersebut tidak bersetuju dan enggan menyokong kegiatan pemberontak tersebut.Isu tersebut digembar-gemburkan oleh pihak gereja untuk menimbulkan lagi permusuhan diantara orang Islam dengan orang Kristian. Antara paderi-paderi yang terlibat dalam permusuhan ini adalah seperti Nikifor yang menggunakan konsep jihad. Beliau berjaya membangkitkan sentimen keagamaan, ketua bekas ahli persatuan Kristian, Juro Simovitch dari Nevessin dan Costa Prodau dari Trussina yang telah membunuh ramai orang Islam yang tidak berdosa pada 12 September dan pada 29 September pula berlaku serangan keatas orang Islam yang diketuai oleh pemimpin gereja , iaitu Pope Simovitch dari Dabra, Pope Milenti dari Bilekia dan ramai lagi yang memusnahkan tiga perempat daripada Herzegovina sehingga melumpuhkan aktiviti pentadbiran . Justeru itu dapat dikatakan bahawa gereja katolik memainkan peranan dalam mengiatkan pemberontakan ini melalui cara meniupkan api permusuhan antara orang Islam dengan Kristian di Bosnia-Hezergovina.

3.24 Kebangkitan Semangat Kebangsaan di Semenanjung Balkan
Pemberontakan di Bosnia-Hezergovina mendapat aspirasi daripada gerakan Pan-Slav dan perjuangan di negeri-negeri jirannya di Seenanjung Balkan yang mendapat kebebasan dan hak autonomi daripada kerajaan Uthmaniyah , seperti Greek (1830) dan Serbia(1862). Kejayaan –kejayaan ini menjadi semangat kepada rakyat Kristian yang berbangsa Serb untuk membebaskan Bosnia-Hezergovina mencapai kebebasan dan hak autonomi juga.Tambahan pula, pada masa yang sama negeri jirannya seperti Blgaria dan Montenegro turut giat memberontak terhadap kerajaan Uthmaniyah.

3.25 Sokongan Dan Simpati Masyarakat Kristian Antarabangsa
Pemberontakan konflik di Bosnia Hezergovina turut disebabkan oleh sokongan dan simpati masyarakat Kristian antarabangsa. Contohnya, bekas pemberontak dari wilayah-wilayah seperti Bagnam, Piva dan Drobniak yang berjaya mendapat kemerdekaaan sejak tahun 1874 dan dikecualikan daripada cukai telah mengikuti aktiviti pemberontak dan turut mendesak agarBosnia- Hezergovina mendapat hak yang sama. Selain itu, sokongan rakyat Montenegro yang menggalakkan lagi pemberontakan di Hezergovina seperti tulisan dalam Jurnal yang memuatkan desas-desus yang negative terhadap pentadbiran Uthmaniyah dan menaikkan semangat untuk bertempur dengan orang Islam sebagai satu kejayaan yang penting. Begitu juga halnya dengan penduduk Crotia, dan Dalmatia yang membantu dengan memberi bkalan senjata, ubat-ubatan dan kelengkapan yang lain.

3.26 Faktor Geografi
Faktor geografi telah memberi peluang kepada pemberontak menjayakan aktiviti pemberontakan. Ini kerana, geografi Hezergovina yang berbukit-bukau memudahkan pemberontak mendapatkan banyuan maknaan dan perubatan serta gerila daripada negeri-negeri jiran. Keadaan built-bukau ini juga menyukarkan pihak kerajaan untuk menghapuskan serta menumpaskan pemberontakan. Jelaslah disini bahawa faktor dalaman yang mengaikan kelemahan pentadbiran kerajaan Uthmaniyah adalah isu yang sengaja ditimbulkan untuk menekan kerajaan Uthmaniyah dan sekaligus untuk mendapatkan reaksi kuasa-kuasa besar untuk campur tangan terhadap konflik yang berlaku itu.

A Dream of Muslimah

A Dream of Muslimah
www.iluvislam.com
kredit to: Nur20
Editor : NuurZaffan


I remember it was winter in England and I was catching a train back to the city where I lived. It was cold, I looked out, White snow was falling lightly from the gloomy sky. The train was moving fast, and as it moved I could see grounds in white all covered up by snow. ‘Covered up?’ the word rang in my head. Images of hijab and headscarf flashes on my mind.

For the two hours journey, I couldnt sleep even once. There was too much on my mind. I was born as a Muslim. And I didn‘t pray five times a day like everybody else. I hardly could read the Quran. People could say I was illiterate in a way. Because at times, it took me a long while to finish even a short verse from the Quran. It was in Arabic and I was never taught Arabic, that was my excuse of not reading. I thought as long as you have a good heart that‘s good enough. And if you don’t commit huge sins, you’ll be fine. But what she said, made my whole perspective looked, vain.

I was from London and on my way back home to the North West region. My heart wasn’t at ease. What she said had made me thinking, and I was thinking real hard. She was a nice girl. ‘Be a true Muslim, and not just a Muslim by name,’ she said politely with a smile, but the meaning was intense. She was merely quoting and was not saying it to me but my heart was touched. What kind of Muslim, had I been all these while? I don’t want to be a Muslim and only by name. It doesn’t sound good either. As the train moved, heading to North West where I lived, I let out few sighs.

Few months after later.. ‘Bismillahi Rahmani Rahim..,’ I read out loud before starting to read the Quran. My web-cam was on. That night We were in the middle of Quranic circle. It’s an activity that we do once a week. Through this circle, we read the Quran in turns. All were ladies. Sometimes we get to discussed about the meaning behind the Quran verses and some Hadith from Rasulullah. It was amazingly fun and I never thought I would actually had fun doing religious activity. I was very thankful to Siti and her older sister because now I can read the Quran much better. And since then, I keep on gradually changing, I realised. How I view life has changed too, a bit if not much.

At nights before I slept, I thought of going to a place. Somewhere faraway and seemed hard to reach but I knew its reachable. And if possible, I wanted to go there with someone that I loved. Of course that’s still remain as a wish and I hope it’ll come true one day. My life is never this calm! I now wear headscarf everywhere I go. It doesn’t feel right without it. Sometimes that leads to guilt, when people sees my hair. So I wear headscarf whenever I go out. My social activity especially when interacting with men has also changed. I used to be friendly and outgoing, even with the opposite gender. Now I feel sort of afraid. Sometimes I limit myself from being too ‘friendly’ with men. Sometimes, I think twice before I talked to them. Is it necessary or not to talk now? Because Women can be a fitnah to men, I don’t want to build up sins.

I used to look for a romantic boyfriend before. I searched high and low but funny that I never really had a boyfriend until now. I used to ask why? The question is why. Because I’m not unpretty. But now I understand the reason behind. Having a romantic relationship outside marriage can lead to something that breaks the law of Syariah. All praise to Allah, I’m glad I never had boyfriends before. I’m not worried if I don’t find a guy any sooner. I’m not looking for a relationship anymore. And definitely not looking for someone based on how romantic he is. I’m going with the flow, after all everything about humans has been written. I want to fix myself first.

I read somewhere about ‘Mencintai kerana Allah’ or ’Loving you because of God’. It was a nice Malay blog entry. I am aiming for that kind of love now. It sounds more pure than romantic love, to me.

‘What’s your dream guy like?’ a friend asked me one day while we ride on a taxi.

I didn’t replied him immediately though, ‘and have you found him?’ he added quickly.

‘Why do you want to know’ I politely asked with a smile.

‘Well, only asking,’ he replied calmly. Then there were silent. The road was wet due to the rain. It was soon before the taxi reached my home.

‘Was he like me?’ he then added. He was hinting something, I knew. I’ve been waiting for this moment all this year. And this could be a dream come true, but..

‘My dream guy is,’ I began ‘Someone who can guide me, you know, he leads and I follow,’ Then I paused.

‘I can be the guy,’ He said confidently.

There was silence again, a long one. The taxi finally reached my home. I said goodbyes to him and walked to my front door. I wave before the taxi accelerated again. He smiled to me even though I didn’t gave him the answer. He was a nice guy but he couldn‘t be the guy. Because…

I want to live with a guy who could guide me, so that I can get closer to My Creator. I want a man who can lead as an Imam, in every prayers that we’re gonna do together as married couple. A man who would tell Islamic history as a bed-time-stories to our children in the future. I want a man who’ll read the holly Quran to me, to cheer me every time I’m down. That is my dream guy and before I can meet him, I knew I need to fix myself first.

One beautiful spring afternoon, I was at a function. There were many Malays all gathered. That’s when I met him. He’s not just decent but he has the characteristic of my dream guy. Every time our eyes met accidentally during the event, he quickly moved away his stare. That convinced me, even more. I knew he’ll be a good amir, a leader of a family. Secretly I prayed: O‘ Allah, I want that kind of guy as a partner in life. At nights before I slept, I thought of going to a place. Somewhere faraway and seemed hard to reach but I knew its reachable. And if possible, I wanted to go there with someone that I loved. I want to go to Jannah (the heaven) with him! I’ll wait here and I know the wait is worthy.