BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 30, 2009

Kejatuhan Khalifah

kejatuhan Kerajaan Turki UthmaniyyAH

Era kejatuhan bermula pada ketika Perang Dunia pertama I.
Kekalahan kerajaan Turki UThmaniyyah dalam perang tersebut memberi peluang kepada org Eropah menguasai Islam.Sultan Abdul HAMID II (1876-1909M) merupakan syltan kerajaan Turki Uthmaniyah yg terakhir yang betul- betul mengamalkan sistem Khalifah.

Kerajan Turki Uthmaniyah mula menjadi sekular selepas itu.Ini berikutan kemunculan Mustafa Kamal Attartuk, seorang Jeneral Tentera, yang ditonjolkan oleh British sebagai tokoh kepimpinan yang hebat.Dia telah berjaya mengalahkan tentera British (tentera bersekutu- Perancis, Australia dan New Zealand:ini adalah satu perancangan British untuk mengangkat Mustafa Kamal-seorang yg berfikiran sekular.Dia telah berjaya menalahkan tentera British di Gallipoki, Turki.

Kejatuhan sebenar berlaku pada 1924M, apabila Mustafa Kamal Attartuk mengumumkan secara rasm pemansuhan sistem Khalifah di Turki.Umat Islam kehilangan sistem khalifah yg menaungi umat Islam secara Global.

Malangnya, kejatuhan ini tidak begitu diketahui oleh umat Islam secara umum. Kenapa ini boleh berlaku?
Tidak lain tidak bukan jawapannya adalah kerana kejatuhan negara-negara Islam. Tanah umat Islam di Timur Tengah di pecah- pecahkan mengikut citarasa penjajah. Wilayah Islam dipecah- pecahkan mengikut geografi dan mengikut kawasan. Contohnya,Palestin dan Mesir berada dibawah pemerintahan British ,manakala Algeria, Maghribi , Tursinia dan Syria jatuh ketangan Perancis (untk mengetahui penjajahan org Barat keatas negara Islam rujuk-Risalah "antara semalam dan hari ini" oleh imam As Syahid Hasan Ai - Banna.)

Bagaimana pula dari perspektif negara2 Nusantara?

Kejatuhan Islam pertama bermula dengan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis pd tahun 1511.Selepas lebih kurang 130 juta tahun kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis, Melaka kemudian ditawan oleh Belanda pada tahun 1641 dengan bantuan kesultanan Johor.Seterusnya, pada tahun 1786, Francis Light dan Belanda (disebabkan oleh persaingan untuk merebut , mengawal dan menguasai pintu masuk ke Selat Melaka) berakhir dengan termeterainya Perjanjian Inggeris Belanda 1824 menyebabkan kepulauan Melayu terbahagi kepada 2:
1. Semenajung Tanah Melayu dan Borneo dibawah pemerintahan Inggeris
2. Kepulauan Indonesia dibawah pemerintahan Belanda

Kawasan-kawasan lain Asia Tenggara yang dijajah:
1. Portugis-Pulau Timor- Tomor (Timor Leste)
2. Perancis- Kemboja, Vietnam
3.Sepanyol-Filipina,kemudiannya,Amerika Syarikat

Pertapakan kuasa2 asing ini melalui penjajahan telah berjaya meninggalkan kesan jangka panjang (colonial legacy) kepada negara-negara di rantau asia tenggara khususnya.

Hal ini boleh dilihat melalui kesannya terhadap politik dan pentadbiran iaitu dengan memperkenalkan sistem pentadbiran berorak barat seperti wujudnya jawatan presiden di Filipina,jawatan2 eksekutif yg mengawal dlm bidang legislatif&kehakiman, dan sebagainya. Dari segi undang2,menerapkan sistem undg2 barat,ekonomi yg bercorak kapitalis,dan laissez-faire, sosial yg meliputi pendidikan,pembetukan masyarakat pluralistik(pemisahan agama &negara) .

Tuesday, April 28, 2009

Pandangan F.L. Dunn tentang Kawasan baka dan kawasan budaya

Menurut F. L. Dunn, beliau berpendapat bahawa evolusi budaya di Asia Tenggara ketika pleistosen (parleolitik) dan Holosen (mesolitik) agak menarik. Oleh yang demikian Dunn telah menggunakan pendekatan arkeologi bagi membuktikan berlakunya perubahan budaya semasa zaman pra sejarah di Asia Tenggara. Beliau juga berpendapat pada sekitar 2,500 hingga 11,000 tahun lalu, kawasan tanah besar asia Tenggara telah bersambung atau bersatu dengan pulau-pulau di sekitarnya menjadi satu kawasan yang luas apabila Pentas Sunda timbul akibat penurunan aras laut.Ketika itu, hanya Fillipina sahaja yg terpisah. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pergerakan antara satu kawasan yang lain menjadi lebih mudah.Ini menjadikan Asia Tenggara bersifat Homogeneous atau seragam. Beegitu juga dengan aliran baka baka dalam aliran populasi.

Dengan berakhirnya Pleistosen dan tenggelamnya Pentas Sunda, keadaan baka dan budaya turut mengalami perubahan. Tanah besar Asia Tenggara telah terpisah dengan Pulau2 Borneo, Jawa dan Sumatera akibat kenaikan aras laut.Kawasan baka dan budaya menjadi lebih kecil saiznya akibat pemisahan antara pulau2 ini.Dengan kata lain, budaya tersendiri telah muncul di kepulauan yang berbeza dengan budaya di Asia Tenggara.

Pada waktu Holosen ini juga, masyarakat Hoabinh di Tanah Besar Asia Tenggara menetap di kawasan2 gua atau pendalaman , tetapi juga ada yang menetap di kawasan persisiran pantai sebagaimana yang telah dibuktikan terdapat di Guar Kepah, Pulau Pinang. Ini telah membuktikan aktiviti perdagangan ketika itu tertumpu di kawasan pendalaman sebelum ini hanya berpusat di persisiran pantai.

Namun hubungan antara kawasan pantai dan pndalaman semakin menngkat.Keadaan ini berterusan sehinggalah berlakunya pelayara secara efektif (effective sea- fearing), sekitar 5,000 tahun lalu. Cara hidup masyarakat sehingga berlakunyabpelayaran efektif di Asia Tenggara dalah bersifat inovatif.

Hati menentukan perilaku Manusia

'Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging,yang apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."

(hadith ke-6, Hadith 40 An -Nawawi)

mANUSIA seperti logam

"manusia seperti logam,terpilihnya mereka semasa jahiliah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham."
Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Sekiranya "jahil" ,nilai itu akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya,sekiranya dia Islam, nilai itu akan menyokong Islam.Nilai itu bergantung kepada kefahamannya.

Ramai yang mengetahui hukum fiqh tetapi bukan memahami isalam itu sendiri. Sedangkan memahami Islam itu sendiri lebih penting sebelum mengetahui perkara2 lain termasuklah ilmu Fiqh. Mereka yang mengetahui Islam akan mengamalkannya, sebaliknya yang tidak memahami Islam akan meninggalkannya walaupun telah datang hujah dan pengetahuan. Jadilah kita seperti Sumayyah..

Kita memahami hukum fiqh melalui kuliyyah2"fardu Ain",tetapi bagaimana kita memahami Islam itu sendiri? Didiklah jiwa kita melalui proses usrah dan tarbiyah...

mari kita lihat sejarah dengan mata hati..

Kata Imam Abu Al-Qasim Al- Junaid:
"sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan mengukuhkan hati"
Allah berfirman:

Marhumnya:"dan tiap-tiap berita dari rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (Muhammad) untuk menguatkan hatimu dengannya.Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman."

(surah Hud11:120)