BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 3, 2011

20 Perkara Jangan...

1) Jangan sengaja lewatkan SOLAT. iNI Allah tidak suka. Kalo tertidur lainlah cerita.
2)Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki. Takut kalo2 t'bawa keluar najis..mengotori rumah kita
3)Jangan makan dan minum dalam bekas yg pecah @sumbing...kerana ia membahayakan
4)Jangan biarkan mangkuk @pinggan yg digunakan tidak berbasuh..makruh dan mewarisi kepapaaan
5)Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal..berpagi2 itu pintu berkat
6)Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.Nanti rezeki dikongsi syaitan
7)Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.takut2 kita mati dlm p'jalanan.
8)Jangan pakai kasut yg berlainan pasangan..makruh mewarisi kepapaaan.
9)Jangan biarkan mata liar diperjalanan, nanti hati gelap diselaputi dosa
10) Jangan bergaul bebas di tempat kerja...banyak buruk dari baiknya.
11)Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa..kerana mati bila2 masa
12)Jangan ego meminta maaf pd ibu bapa dan sesama manusia..kalo mmg kita bersalah.
13)Jangan mengumpat sesama rakan..Nanti rosak persahabatan kita
14)Jangan lupa bergantung pada Allah dlm setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
15)Jangan bakhil untuk bersedekah..ia memanjagkan umur dan murahkan rezeki kita.
16)Jangan banyak ketawa..Nanti mati jiwa
17)Jangan biasakan berbohong, kerana ia ciri2 munafik dan m'ghilangkan kasih org pada kita
18)Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan..kerana yg teraniaya doanya cepat dimakbulkan Allah
19)Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia..Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya.
20) Jangan pertikaikan kenapa Islam itu berkata kata JANGAN.sEBAB SEMUANYA UNTK KESELAMATAN..aLLAH LEBIH TAHUB apa yg terbaik untuk hamba ciptaannya.

Wednesday, November 2, 2011

UmPama Segenggam Garam...

Seorang guru sufi menemui muridnya yg asyik termenung dan berwajah murung.Guru sufi tersenyum apabila mendengar masalah yg diceritakan oleh muridnya.
"Nah ambil segelas air dan bubuh segenggam garam..."arah si guru sufi. Si murid mengikut arahan dan memasukkan garam."Jawab murid itu setelah merasai minuman, "fuh, masin" Peliknya si guru hanya tersenyum sambil ketawa...
"sekarang mari kita ke tasik.."dan lemparkan garam itu ke tasik pula.
Murid yang taat itu segera mengikut arahan gurunya itu.
"sekarang cuba minum air tasik ini."Adakah masih terasa masin?
Segala masalah dalam hidup ini umpama segenggam garam. Banyaknya masalah hidup sudah diqadarkan oleh Allah sesuai dengan diri seseorang. Tidak ada seorang manusia pun yang terlepas daripada masalah hidup.

Penderitaan yg dialami itu bergantung pada besarnya kalbu yg menampungnya. Jadi, suapay tidak rasa menderita..berhentilah menjadi gelas, jadilah kalbu dalam dadamu sebesar tasik...