BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 4, 2010

part 1 my tesis..

1.2 Latar belakang Syeikh Abdullah al- Maghribi
Nama penuh beliau ialah Sayyid Syeikh al-Qadi Abu Jabir Abdullah ibn Ahmad ibn Ibrahim ibn Muhammad ibn Abdullah ibn Ahmad ibn Muhammad al-Qayruwaniyy al- Balawiyy al-Ghadamisiyy al-Maghribiyy. Perletakan nama Sayyid itu menjadi perbahasan. Perkataan Sayyid itu dalam bahasa, apabila diterjemahkan dalam bahasa Melayu adalah merujuk kepada makna “Tuan”, manakala dari segi istilahnya pula adalah dinisbahkan kepada Nabi Muhammad, seperti yang digunakan pada nama Saidina Ali dan Saidatina Fatimah. Syeikh Abdullah dikenali juga dengan panggilan Syeikh Abdullah al- Maghribi bin Ahmad. Beliau dilahirkan di Ghadamas pada tahun 1310 H / 1892M . Namun demikaian, ada juga riwayat yang mengatakan bahawa beliau beliau dilahirkan di Tripoli

Syeikh Abdullah dilihat kepada namanya merupakan seorang ulama yang ada hubungan dengan “ al-Maghrib” yang pada waktu ini, dikenali sebagai Morroco. Namun jika dilihat pada catatan sejarah, al-Maghrib tidak sahaja merujuk kepada Moroco, tetapi juga turut dikenali sebagai kawasan – kawasan yang meliputi wilayah- wilayah utara benua Afrika. Menisbahkan nama dengan nama tempat dan juga keluarga merupakan identiti kepada ulama- ulama dan tokoh berbangsa Arab. Perkara ini turut mempengaruhi ulama-ulama Melayu dengan cara yang sama terutama bagi mereka yang mempunyai pengalaman berkunjung ke negara-negara Arab.

1.3 Pendidikan

Syeikh Abdullah membesar di dalam keluarga yang menitikberatkan pengajian agama. Datuknya, Ibrahim adalah seorang faqih dan juga merupakan seorang Imam di Masjid Umran al- Faqih, iaitu sebuah masjid yang terletak di Bandar Ghadamis Justeru itu, maka tidak hairanlah pendidikan awal beliau bermula dengan menghafal al-Quran daripada al-Shaykh Qasim ibn Ahmad Dawi. Keistimewaan Syeikh Abdullah dapat dilihat sejak dari kecil lagi. Semasa kecil, beliau sudah mampu melagukan qasidah di salah sebuah masjid di Ghadamis semasa bulan Ramadan. Tetamu yang hadir ketika itu ialah Sheikh Abdullah Afandi yang ketika itu bertugas sebagai kadi daerah. Beliau tertarik dengan keupayaan Abdullah al- Ghadamisi dan menjadikannya sebagai anak angkatnya sehingga baligh , malah sejak seawal usianya tujuh tahun lagi, beliau telah behijrah ke Mekah untuk berguru dengan Syeikh Ahmad Al- Najar.

Pendidikan Menengah beliau pula diteruskan oleh beliau ke Bandar Gharyan dan berguru dengan ulama–ulama di situ dan juga ilmuan dari Bandar Tarabulsi sehingga mencapai umur baligh. Seterusnya beliau telah mempelajari ilmu-ilmu asas daripada ulama-ulama setempat dan berjaya menguasainya dengan baik ketika umur beliau belum pun mencapai 11 tahun Aktiviti keilmuan beliau berpindah ke Mekkah setelah beliau menunaikan haji tiga tahun selepas itu, bersama dengan Sheikh al-Faqih Muhammad Shaid. Disana beliau mepelajari serta menghafal dengan mendalam pelbagai matan ilmu daripada tokoh- tokoh ulama di situ.

Kemudiannya, beliau menuntut ilmu pula daripada ulama-ulama besar di Ta’if sebelum kembali semula ke al-Masjid al- Haram. Pengajiannya diteruskan pula ke Sekolah Sawlatiyyah. Antara guru beliau di situ adalah al-Imam Umar ibn Hamdan ibn Umar al-Mahrusiyy al-Makkiyy al-Madaniyy, al-Shaykh Abd al-Rahman al- Dahhan, al-Shaykh al-Allamah Ahmad ibn Ali ibn Hassan ibn Salih al-Najjar dan Baha’al- Din al- Afghaniyy.

Tambahan lagi, menurut Almarhum Wan Mohd Shaghir, beliau berpendapat bahawa wujud kemungkinan bahawa Syeikh Abdullah al-Ghadamisi turut menuntut ilmu dengan ulama-ulama Melayu yang berada di Mekah ketika itu seperti Sheikh Ahmad al-Fataniyy. Ini kerana tarikh lahir Ahmad ibn Ali al-Najjar dan Sheikh Ahmad al-Fattaniyy adalah sama iaitu 1271H/ 1856M dan kedua-duanya juga merupakan anak murid kepada Sayyid Ahmad ibn Zayni Dahlan. Ini kerana menurut Wan Saghir, Syeikh Abdullah tidak akan dapat menguasai bahasa Melayu melainkan dengan menuntut ilmu daripada ulama yang berbangsa Melayu. Pengajian agamanya berakhir dengan mencapai syahadah alamiyyah dari Mekah

1.4 Sifat-sifat Fzikal dan Peribadi

Syeikh Abdullah ini fizikalnya adalah sederhana tinggi, berkulit putih, bermata bulat, memiliki misai yang nipis tetapi berjanggut tebal .Beliau sering memakai jubah dan berserban putih yang melambangkan tentang pemakaian ulama dari Tanah Hijaz pada zaman itu.

Manakala dari aspek peribadi dan sahsiahnya pula, beliau seorang yang zuhud terhadap perhiasan dunia, berakhlak mulia dan berhati lembut . Keperibadiannya sebagai seorang ulama yang dikagumi ketokohannya dapat pula dilihat menerusi perwatakan beliau yang tidak suka meninggi diri, dan dikasihi oleh semua orang yang mengenali beliau. Hal ini dapat dilihat apabila Sarim Hj. Mustajab menulis bahawa ;

“Kealiman dan keahlian Syeikh Abdullah Maghribi cepat membawa persahabatan mesra antara beliau dengan Raja Muda

Hal ini jelas menunjukkan bahawa Syeikh Abdullah disenangi oleh semua orang yang mengenalinya sehinggakan beliau cepat atau mudah bergaul mesra dengan golongan pembesar sekalipun.
Selain itu, beliau juga dipandang tinggi dari segi ilmunya kerana beliau sentiasa berqiamulail, memperbanyakkan zikir dan doa, sering membaca al- Quran, beristighfar serta berusaha untuk tidak meninggalkan iktikaf 10 hari terakhir pada bulan Ramadhan setiap tahun .




1.5 Kegiatan sebelum berhijrah ke Tanah Melayu
Selepas tamat pengajian, beliau telah menjadi guru dan merupakan sebahagian daripada pentadbir di al-Aqiq, Taif, dimana pengasas sekolah tersebut adalah Syaikh Ahmad al-Najjar.
Keilmuan Al- Maghribi terserlah apabila beliau turut menjadi tenaga pengajar di Masjid Al- Haram, Mekah al- Mukarramah. Pada masa itu, umur beliau adalah 24 tahun. Pada pasca kurun ke 13 hijriah, Abdul Wahab Sulayman menjelaskan bahawa Masjid Haram Mekah menjadi pusat pengajian Islam yang tersohor dan pentas pengajian ilmu fekah berdasarkan aliran pemikiran atau mazhab imam- imam besar dunia. Imam tersebut, masing- masing mempunyai pengikut mereka sendiri. Pada masa yang sama, beliau turut menjadi Penolong Pentadbir Madrasah al Rqiya, di Mekah.

Sheikh Abdullah turut terlibat dalam pengajian di Masjid al-Haram Mekah merangkumi pengajaran kitab al-mustadrak, Majma’al- Zawaid, al-Shama’il, Al- Shifa’ dan sebagainya. Biarpun sibuk dengan pengajarannya, namun beliau masih memberikan khidmatnya kepada Bani Taif dan berhubung dengan baik ulama- ulama di sana.

0 comments: