BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 29, 2009

singkatnya kenangan semalam...

Tatapan ini ku coretkan buat renungan kita bersama..
alangah singkatnya segala apa yang berlaku?..
Semalam, bru semalam..aku dan kawan baikku, bergelak ketawa dan bergurau senda. Aku lihat kegembiraan jelas tergambar diwajahnya...Sahabat yang kukenali, baru semalam begitu gembira tatkala berbual di telefon.Ayahnya mengajar sedikit zikir dan doa, padanya.Sahabatku itu riang bersama ayahndanya..Cukup ceria.Kami sebagai rakan- rakan juga cukup gembira melihatnya.

29 hb, 8.30 pagi..aku dan sahabat menghadapi exam di kompleks Abdullah Mat Salleh.Sekali lagi ku lihat kegembiraan tergambar diwajah sahabatku itu. Pulang dari menghadapi peperiksaan kami makan bersama...dan sekali lagi kutegurnya , bahawa hari itu dia cukup ceria berbanding hari- hari yang lampau.Dia menyatakan bahawa hidup mesti selalu ceria.

Petang itu, sekali lagi aku menghadapi peperiksaan subjek Major. Sukar sekali soalan tersebut...Mungkin dsebabkan aku tidak mengulangkaji dengan baik kerana 2 peperiksaan yang berlansung pada hari yang sama dan aku dalam keadaan tidak sihat.Sedihnya tidak kepalang.


5.30 PTG.aKU selesai menjwab pperiksaan tersebut, dengan hati yang tidak gembira.Tersa lain benar pada petang itu.Turun sahaja dari bas, aku lihat sahabat baikku, Khdijah dan Mariam dalam keadaan muram...Segera ku anya, "korang berdua nak kemana?"..Namun tiada jwpn yg muncul dibibir sahabtku, Khadijah.Matanya merah..
"Ayah Khdijah dah tak da .."Mariam yang menjawab.
"?"..fikiran ku kosong..


Terkedu aku , tanpa kata.Hanya mata yng membulat.Baru semalam aku melihat gelak tawa sahabatku Khadijah.dan pada ptg tersebut, ku lihat matanya merah..basah dengan air mata.Bibirnya tidak lepas dari bacaan Yassin, sementara menunggu pakciknya menjemput..

"...Ayah aku jatuh pengsan .lepas tu sepupu bgitau ayah aku dah takda..."ucap khadijah dalam esakan tangisnya.

Alangkah singkatnya segala yang berlaku.Buat sahabat ku Khadijah..bersabarlah dengan dugaan ini. Ku Tahu susah menerimanya. Ujian yang datang tanpa diduga."Dalam musim peperiksaan..kau kehilangan ayah.." bisikku dalam hati. Ya Allah kau berilah kekuatan kepada sahabatku ini...semoga dia menjadi kuat dan cekal hatinya..

0 comments: