BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 2, 2009

KELEMAHAN DAN KEJATUHAN KUASA iSLAM sEPANYOL?




Kedatangan Islam telah membawa satu Tamadun yang cukup tingi. Pengarauh Tamadun Islam mula masuk ke benua Eropah apabila terbentuknya pemerintahan Islam di Afrika Utara. Dari sana, mereka merentasi Lautan Atlantik dan laut Mediterranean hingga sampai ke Andalusia (Sepanyol) dan seterusnya ke Portugal dan selatan Perancis pada abad ke lapan. Sepanyol dan Portugal bolehlah dianggap sebagai "jambatan" yang menghubungkan tamadun Islam dengan negara- negara lain di Eropah. Kaum Pedagang, para intelek, dan tokoh2 Agama Eropah sering berkunjung ke Sepanyol untuk menimba pengetahuan kerana disitu sahajalah tempat terdekat yang mana terdapat institusi pendidikan dan pengajian tinggi.Disitu terdapat pelbagai kemajuan dan ketamadunan seperti wujudnya perpustakaan yang dilengkapi buku- buku ilmiah pelbagai bidang, termasuk sains, matematik, perubatan dan sejarah. Buku2 tersebut adalah hasil karangan tokoh- tokoh Islam.Itu tentang Ketinggian peradaban dan ketamadunan Sepanyol. NAMUN, APAKAH YANG TERJADI KINI?Ketika berada di puncak kegemilangan tidak terfikir pula akan kejatuhannya.Kini genap 500 tahun kejatuhan kuasa Islam di Sepanyol, masyarakat Barat telah menikmati keunggulan tamadun yang dibina di atas pusara tamadun Islam.Kini tamadun tersebut agak sukar untuk di akui sebagai warisan Islam walaupun istana Al- HAMRA dan Masjid QURTUBAH serta beberapa buah bangunan lai peninggalan orang Islam masih berdiri Teguh di Sepanyol.

Terdapat beberapa faktor kejatuhannya..
1. pihak pemerintahan Islam tidak menjadikan Islam sebagai alat penyatuan dikalangan masyarakat atau dasar utama negara.Sebab itu, lahir semangat nasionalisme dikalangan masyarakat Arab, Barbar dan penduduk tempatan berbangagsa Sepanyol hidup berpuak- puak dan berpecah- belah.
2.Islam dianggap sebagai agama ibadat dan tidak dijadikan moto berjihad.Seperti kata Americo Castro, orang Kristian mempercayai bahawa peperangan menentang orang Islam dalah satu tugas suci dan mereka akan mencapai kejayaan dengan pertolongan Tuhan. Semangat ini membawa kepada mereka mencapai reconqusta

3. Perpecahan dari segi aliran pemikiran agama:ketaksuban dan saling mempersendakan fahaman lain.
4. Ketiadaan pengawalan ketat dari kerajaan Pusat terhadap wilayah takluknya.
5. Kelemahan beberpa pemimpin Islam Granada seperti, bu Abdullah, pemimpin terakhirnya.
6. Pepecahan di kalngan kaum keluarga pemerintah Islam Granada. Misalnya, antara Abu Abdullah dengan bapa saudaranya Abu al- Hassan.
7.Penyatuan tentera Kristian Sepanyol, iaitu antara tentera Ferdinand di Castile da Isabella di Aragon, ketika menentang tenteraIslam di Granada.

Oleh itu, sedarlahkita..Umat Islam masa kini.Kerana BENARLAH KATA, SESIAPA YANG MELUPAI SEJARAH , AKAN MENGGULANGINYA SEMULA.kITA MUNGKIN MENGULANGGINYA?nauzubillah! Jika kita tidak menjadikan ia iktibar dan pengajaran..

0 comments: