BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 29, 2009

Luahan Dari Hati Kami



bukan niatku untuk menunjuk2..tp hanyalah untuk berkongsi kegembiraan tentang apa perasaan seorang GURU apabila anak murid meluahkan perasaan mereka terhadap bekas Gurunya.Ketahuilah gembira tak kepalang, bercampur sedih,tatkala menerima warkah ini...

Ini adalah dapatan yg ku perorolehi sewaktu bergelar seorang"Guru" di salah sebuah sekolah Rendah Agama.Walaupun kini tidak lagi, namun kenangan melihat anak2 didik berjaya dengan cemerlang dlm peperiksaan UPSR, adalah merupakan kebahagian buatku, serta hadiah yg tidak terhingga...

Guru, Kami amat menyanyangimu...
Kaulah tempat kami mengadu
Hanya kau memahami kami
Kaulah satu2nya guru yang rapat dengan kami
Kaulah Insan yang sangat berjasa
kami sedih akan perpisahan ini
tapi apakan daya
takdir telah menentukannya..

Guru,
Belum sempat kami membalas jasamu
iaitu memperoleh 5A dalam UPSR
kau mahu meninggalkan kami
ke Menara Gading
sekarang hanya tinggal kenangan
yang tak dapat kami lupakan
hanya 6 bulan kita bersama
tak puas rasanya mengenalimu
tanggal 29 hb Jun 2007
hari yang bersejarah bagi kami
Guru,
Kau insan yang tabah menghadapi
segala-galanya
kami sangat bangga mempunyai guru sepertimu
kami sangat sayang padamu
kami juga akan merinduimu
kami akan belajar bersungguh-sungguh
untuk mendapat 5A dalam UPSR 2007
nasihatmu kami jadikannya
sebagaipanduan hidup

Guru, semoga kau berjaya
semoga kitabertemu lagi
Kami mohon maaf atas segala- galanya
semoga Allah membalas jasamu
Doakanlah kami berjaya mengikut langkahmu yang
ke Menara Gading
beribu kemaafan diharapkan
sejuta penghargaan ucapkan
we love you forever



0 comments: