BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 30, 2009

Influenza ..OH influenza..


Apa itu Influenza?Influenza atau flu adalah sejenis penyakit berjangkit disebabkan oleh virus Influenza.

Terdapat 3 jenis subtype virus influenza iaitu, A, B, C, dan ketiga-tiga ini boleh menjangkiti manusia.Virus Influenza A Paling berbahaya kerana boleh menjangkiti haiwan dan manusia.
Virus Influenza A menjalani mutasi( Perubahan genetik) menghasilkan virus influenza jenis baru yang lebih berbahaya dan boleh mencetuskan wabak epidemik dan pandemik influenza.
Virus influenza tersebar melaui titisan cecair dari mulut dan hidung ketika bercakap, bersin, batuk. Virus ini seterusnya masuk ke dalam badan melaui saluran pernafasan.

Adakah influenza sama dengan selsema? Tidak. Walaupun kedua- duanya mempunyai simptom yang hampir sama. Influnza menyebabkan gejala dan tanda- tanda yang lebih teruk serta boleh menyebabkan komplikasi yang mengancam nyawa.

Situasi semasa influenza Di Mlaysia..
Menurut kajian, jangkitann influenza berlaku di Malaysia sepanjang tahun . Namun bilangannya terus meningkat semasa musim hujan iaitu dari bulan April hingga Jun dan November hingga Januari.


0 comments: