BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 28, 2009

Pandangan F.L. Dunn tentang Kawasan baka dan kawasan budaya

Menurut F. L. Dunn, beliau berpendapat bahawa evolusi budaya di Asia Tenggara ketika pleistosen (parleolitik) dan Holosen (mesolitik) agak menarik. Oleh yang demikian Dunn telah menggunakan pendekatan arkeologi bagi membuktikan berlakunya perubahan budaya semasa zaman pra sejarah di Asia Tenggara. Beliau juga berpendapat pada sekitar 2,500 hingga 11,000 tahun lalu, kawasan tanah besar asia Tenggara telah bersambung atau bersatu dengan pulau-pulau di sekitarnya menjadi satu kawasan yang luas apabila Pentas Sunda timbul akibat penurunan aras laut.Ketika itu, hanya Fillipina sahaja yg terpisah. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pergerakan antara satu kawasan yang lain menjadi lebih mudah.Ini menjadikan Asia Tenggara bersifat Homogeneous atau seragam. Beegitu juga dengan aliran baka baka dalam aliran populasi.

Dengan berakhirnya Pleistosen dan tenggelamnya Pentas Sunda, keadaan baka dan budaya turut mengalami perubahan. Tanah besar Asia Tenggara telah terpisah dengan Pulau2 Borneo, Jawa dan Sumatera akibat kenaikan aras laut.Kawasan baka dan budaya menjadi lebih kecil saiznya akibat pemisahan antara pulau2 ini.Dengan kata lain, budaya tersendiri telah muncul di kepulauan yang berbeza dengan budaya di Asia Tenggara.

Pada waktu Holosen ini juga, masyarakat Hoabinh di Tanah Besar Asia Tenggara menetap di kawasan2 gua atau pendalaman , tetapi juga ada yang menetap di kawasan persisiran pantai sebagaimana yang telah dibuktikan terdapat di Guar Kepah, Pulau Pinang. Ini telah membuktikan aktiviti perdagangan ketika itu tertumpu di kawasan pendalaman sebelum ini hanya berpusat di persisiran pantai.

Namun hubungan antara kawasan pantai dan pndalaman semakin menngkat.Keadaan ini berterusan sehinggalah berlakunya pelayara secara efektif (effective sea- fearing), sekitar 5,000 tahun lalu. Cara hidup masyarakat sehingga berlakunyabpelayaran efektif di Asia Tenggara dalah bersifat inovatif.

0 comments: