BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 30, 2009

Kejatuhan Khalifah

kejatuhan Kerajaan Turki UthmaniyyAH

Era kejatuhan bermula pada ketika Perang Dunia pertama I.
Kekalahan kerajaan Turki UThmaniyyah dalam perang tersebut memberi peluang kepada org Eropah menguasai Islam.Sultan Abdul HAMID II (1876-1909M) merupakan syltan kerajaan Turki Uthmaniyah yg terakhir yang betul- betul mengamalkan sistem Khalifah.

Kerajan Turki Uthmaniyah mula menjadi sekular selepas itu.Ini berikutan kemunculan Mustafa Kamal Attartuk, seorang Jeneral Tentera, yang ditonjolkan oleh British sebagai tokoh kepimpinan yang hebat.Dia telah berjaya mengalahkan tentera British (tentera bersekutu- Perancis, Australia dan New Zealand:ini adalah satu perancangan British untuk mengangkat Mustafa Kamal-seorang yg berfikiran sekular.Dia telah berjaya menalahkan tentera British di Gallipoki, Turki.

Kejatuhan sebenar berlaku pada 1924M, apabila Mustafa Kamal Attartuk mengumumkan secara rasm pemansuhan sistem Khalifah di Turki.Umat Islam kehilangan sistem khalifah yg menaungi umat Islam secara Global.

Malangnya, kejatuhan ini tidak begitu diketahui oleh umat Islam secara umum. Kenapa ini boleh berlaku?
Tidak lain tidak bukan jawapannya adalah kerana kejatuhan negara-negara Islam. Tanah umat Islam di Timur Tengah di pecah- pecahkan mengikut citarasa penjajah. Wilayah Islam dipecah- pecahkan mengikut geografi dan mengikut kawasan. Contohnya,Palestin dan Mesir berada dibawah pemerintahan British ,manakala Algeria, Maghribi , Tursinia dan Syria jatuh ketangan Perancis (untk mengetahui penjajahan org Barat keatas negara Islam rujuk-Risalah "antara semalam dan hari ini" oleh imam As Syahid Hasan Ai - Banna.)

Bagaimana pula dari perspektif negara2 Nusantara?

Kejatuhan Islam pertama bermula dengan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis pd tahun 1511.Selepas lebih kurang 130 juta tahun kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis, Melaka kemudian ditawan oleh Belanda pada tahun 1641 dengan bantuan kesultanan Johor.Seterusnya, pada tahun 1786, Francis Light dan Belanda (disebabkan oleh persaingan untuk merebut , mengawal dan menguasai pintu masuk ke Selat Melaka) berakhir dengan termeterainya Perjanjian Inggeris Belanda 1824 menyebabkan kepulauan Melayu terbahagi kepada 2:
1. Semenajung Tanah Melayu dan Borneo dibawah pemerintahan Inggeris
2. Kepulauan Indonesia dibawah pemerintahan Belanda

Kawasan-kawasan lain Asia Tenggara yang dijajah:
1. Portugis-Pulau Timor- Tomor (Timor Leste)
2. Perancis- Kemboja, Vietnam
3.Sepanyol-Filipina,kemudiannya,Amerika Syarikat

Pertapakan kuasa2 asing ini melalui penjajahan telah berjaya meninggalkan kesan jangka panjang (colonial legacy) kepada negara-negara di rantau asia tenggara khususnya.

Hal ini boleh dilihat melalui kesannya terhadap politik dan pentadbiran iaitu dengan memperkenalkan sistem pentadbiran berorak barat seperti wujudnya jawatan presiden di Filipina,jawatan2 eksekutif yg mengawal dlm bidang legislatif&kehakiman, dan sebagainya. Dari segi undang2,menerapkan sistem undg2 barat,ekonomi yg bercorak kapitalis,dan laissez-faire, sosial yg meliputi pendidikan,pembetukan masyarakat pluralistik(pemisahan agama &negara) .

0 comments: